Nazirul Naim Tolak Tawaran Pasukan Lain Untuk Kekal Dengan Perak

Bek kiri pasukan Perak dan skuad Harimau Malaya, Nazirul Naim Che Hashim bersetuju untuk terus kekal bersama skuad The Bos Gaurus selama dua musim lagi.

Dia mengesahkan perkembangan itu kepada akhbar tempatan, Berita Harian bagi mengulas mengenai desas desus mengenai kedudukan dirinya bagi musim depan.

Bekas pemain Harimau Muda itu mendedahkan dia sebenarnya ditawarkan kontrak tiga tahun oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).

Pengakuan Nazirul itu pastinya meredakan keresahan penyokong Perak berikutan spekulasi dia akan dipancing pasukan lain.

“Memang ada tawaran dari pasukan lain tetapi saya ingin kekal di Perak” kata Nazirul kepada Berita Harian.

Syazwan Zainon (Kedah), Nazirul Naim (Perak) / Photo by Zulfachri Zulkifli / www.asiana.my,

Sebelum ini pemain tengah, Mohd Nasir Basharuddin dan penjaga gol kebangsaan, Mohd Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy juga menyatakan akan kekal bersama Perak.

Hafizul yang masih mempunyai kontrak bersama Perak sebelum ini dikatakan cuba dipancing pasukan lain.

Seorang lagi pemain kebangsaan, Amirul Azahan Aznan juga masih punyai kontrak semusim bersama Perak.

Kapten pasukan pula, Mohd Shahrom Kalam sebelum ini dikaitkan dengan kepulangan ke Kuala Lumpur.

Keresahan penyokong difahami berikutan sikap membisu PAFA sedangkan pasukan lain sibuk memancing pemain.

Presiden PAFA, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan sebelum ini menyatakan majoriti pemain 2017 dikekalkan dan usaha sedang dilakukan untuk mencari pemain tempatan bersesuaian.

Pada masa sama, Perak juga akan mencari dua awang import baharu untuk memantapkan pasukan tetapi jaminan itu nyata tidak mencukupi kerana peminat ingin bukti sahih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN