Ia mungkin aneh dan pelik. Ketua jurulatih skuad Bawah-23 Thailand, Worrawot Srimaka telah bernazar akan berlari 10 pusingan padang sekiranya anak buah beliau berjaya menewaskan Laos di pusingan kelayakan Piala Asia B-23 di Ulaanbaatar, Mongolia.
Hasilnya, Thailand menewaskan lawan mereka itu 3-0 selepas sekadar seri 1-1 menentang Mongolia dalam perlawanan pertama pada Isnin lalu.
#ChangsuekLive "โค้ชโย่ง" วรวุธ ศรีมะฆะ กุนซือช้างศึก U23 วิ่งรอบสนามฟุตบอลเอ็มเอฟเอฟ ฟุตบอล เซ็นเตอร์ เพื่อเป็นการฉลองชัยชนะเหนือ สปป.ลาว 3-0 😜🇹🇭
โดยก่อนหน้านี้ "โค้ชโย่ง" ได้ลั่นวาจาเอาไว้ว่าหากทีมชาติไทยเก็บชัยชนะได้ จะวิ่งรอบสนาม 10 รอบทันที#ช้างศึก pic.twitter.com/Hwfszr1phJ
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) October 28, 2021
Dan selepas tamat perlawanan pada Khamis lalu menyaksikan anak buahnya memanfaatkan setiap peluang terhidang dengan jaringan, Worrawot menunaikan janji tersebut dengan berlari 10 pusingan mengelilingi padang Stadium MFF, Ulaanbaatar.
“Ia kedengaran agak lucu, tetapi saya telah berjanji jika pasukan ini menang, maka saya akan melakukan larian sebanyak 10 pusingan mengelilingi padang,” katanya kepada media dari Thailand.
“Saya mahu pemain memiliki mentaliti yang selesa [tidak tertekan]. Saya yakin Thailand akan menang. Pasukan ini tidak mengulangi kesilapan yang berlaku ketika seri dengan Mongolia.”
Beraksi di dalam Kumpulan J, Thailand setakat ini mengumpul empat mata dan perlu menewaskan Malaysia di perlawanan terakhir esok untuk menduduki tempat teratas kumpulan.
#ChangsuekLive ❄️ 0 องศา ณ อูลานบาตอร์
"โค้ชโย่ง" วรวุธ ศรีมะฆะ ไม่รอลูกทีม 😂 ขอวิ่งต่ออีก 5 รอบ เพื่อฉลองชัยชนะเหนือ สปป.ลาว 3-0 ในศึกฟุตบอลชิงแชมป์เอเชีย 2022 รอบคัดเลือก กลุ่ม J 🙌🏻
สู้ ๆ โค้ชโย่ง 🤜🏻🤛🏻#ช้างศึก #TogetherAsOne #บอลไทย #ฟุตบอลไทย #ทีมชาติไทย #นักฟุตบอลไทย pic.twitter.com/2ZD2BiDzED
— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) October 29, 2021
Hanya 11 pasukan yang menjuarai kumpulan masing-masing akan layak secara automatik ke pusingan akhir Piala Asia B-23 manakala empat lagi slot akan menjadi milik empat pasukan terbaik yang muncul naib juara dari 11 kumpulan.
“Mengenai perlawanan terakhir menentang Malaysia, semua pemain sudah mengkaji secara teliti lawan yang akan ditentang. Kami sudah ada cara untuk berhadapan dengan Malaysia,” ujar Worrawot dengan yakin.
Motivasi pemain
Menurut laporan-laporan media Thai, susulan kejayaan Worrawot Srimaka dan anak buahnya menewaskan Laos 3-0 pada Khamis lalu, mendorong Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) memberikan imbuhan berjumlah i juta bath, atau bersamaan dengan RM124, 414.
Thailand bukan satu-satunya negara yang memberikan imbuhan kepada pemain dan jurulatih untuk kejayaan di peringkat kumpulan di pusingan kelayakan ini. Vietnam turut melakukan perkara yang sama apabila memberikan imbuhan kepada Park Hang-seo dan anak-anak buahnya kerana berjaya mengutip tiga mata pertama di pusingan kelayakan baru-baru ini.
#ChangsuekLive ตารางคะแนน กลุ่ม เจ ฟุตบอลชิงแชมป์เอเชีย รุ่นอายุไม่เกิน 23 ปี 2022 รอบคัดเลือก
โปรแกรมนัดถัดไปของทีมชาติไทย
🇹🇭 ทีมชาติไทย พบ ทีมชาติมาเลเซีย 🇲🇾
🗓 วันอาทิตย์ที่ 31 ตุลาคม 2564
⏰ 10.00 น. 🏟 MFF Football Center
🖥 AIS PLAY และ ช่อง One 31#ช้างศึก pic.twitter.com/DEUy8UjfrD— Changsuek – ฟุตบอลทีมชาติไทย (@Changsuek_TH) October 28, 2021
Skuad B-23 Thailand bagaimanapun dijangka akan berhadapan laluan sukar apabila berhadapan skuad kendalian Brad Maloney. Skuad negara B-22 tahun setakat ini menampilkan prestasi meyakinkan dengan dua kemenangan dan sekadar memerlukan keputusan seri untuk mara ke pusingan akhir nanti.
Agaknya berapakah pusingan padang yang dijanjikan Worrawot dan imbuhan tunai dijanjikan FAT sekiranya berjaya menewaskan Malaysia selepas ini.