Naturalisasi: Wan Jamak Tak Gemar Dengan Sikap Liridon Krasniqi

Semalam hangat di media sosial mengenai pemilihan Liridon Krasniqi sebagai pemain naturalisasi bagi memperkuatkan skuad kebangsaan menghadapi perlawanan di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan pemain kelahiran Kosovo itu antara calon pilihan dan semakin hampir mendapat status warganegara Malaysia setelah menepati pelbagai kriteria yang ditetapkan.

Mengulas mengenai isu tersebut, bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan mahu FAM nilaikan semula sikap dan tahap disiplin pemain itu bukan bersandar kepada prestasi di atas padang semata-mata.

Katanya dalam Harian Metro, beliau bimbang masalah lain akan timbul dalam kem skuad kebangsaan kelak jika Liridon kembali mengamalkan sikap besar kepala sepertimana yang berlaku ketika menyertai pasukan Kedah.

“Kalau melihat dari segi prestasi memang tak dinafikan Liridon (calon terbaik), tapi akhir-akhir ini Melaka United dikhabarkan akan menggugurkannya. Kita tak tahu apa masalah sebenar dia di Melaka United, malah saya dan kita semua (peminat) tertanya-tanya mengenai kedudukan sebenar Liridon.

“Namun, kalau dilihat dari segi rekod disiplin, dia tidak begitu baik terutama ketika di Kedah. Sekarang ini kita nak tanya kepada pegawai yang memilih, adakah kriteria hanya semata-mata atas prestasi saja?

“Kalau boleh fikir semasak-masaknya dan lihat juga dari segi disiplin kerana kita tak mahu esok apabila sudah menyarung jersi Malaysia ada pula isu-isu lain yang dia timbulkan,” katanya.

Liridon Krasniqi antara calon pemain untuk dinaturalisasikan.

Selain Mat Don, penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan penyerang import UKM FC, Michael Ijezie turut berada dalam radar FAM untuk dinaturalisasikan selepas beraksi selama 5 musim dalam saingan Liga Malaysia.

Pada masa yang sama, Wan Jamak turut berpendapat pemain import daripada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai ciri-ciri pemain berkualiti yang layak menyertai skuad Harimau Malaya.

“Ciri penyerang yang bagus, selain menjaringkan gol mestilah boleh bertahan, baik dalam situasi satu lawan satu, bagus dalam membuka ruang buat rakan lain dan mempunyai kelebihan menggunakan bola hantaran lintang kiri dan kanan.

“Malah, kalau tanya secara peribadi, pemain import terbaik di Malaysia ketika ini datangnya dari JDT. Tapi, persoalannya mahukah mereka main untuk negara serta melalui proses naturalisasi itu,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN