Naturalisasi Pemain, Pendekatan Mudah Dan Perlu Untuk Harimau Malaya

Seorang pembaca kami, Azhan Mohi memberikan pandangan beliau tentang isu naturalisasi pemain yang menjadi perdebatan hangat ketika ini. Ini adalah pandangan peribadi penulis:

Naturalisasi

Beberapa hari lalu, YB Syed Saddiq menegaskan beliau tak bersetuju dengan cadangan menggunakan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Bagi beliau keutamaan perlu di berikan kepada pemain tempatan. Jika menggunakan pemain naturalisasi, YB Syed menganggap pihak KBS telah gagal menghasilkan pemain berkualiti.

Letak tepi pendapat beliau, dalam masa terhad seperti ini penggunaan pemain naturalisasi dalam skuad kebangsaan amat diperlukan.

Ini kerana kita harus akui generasi pemain yang kita ada sekarang sudah gagal. Hal itu diakui sendiri oleh mantan Presiden FAM, Tunku Ismail (TMJ) yang menggunakan bahasa lebih kasar iaitu ‘finish’ ataupun dah habis!.

Naturalisas ini adalah rancangan jangka masa pendek sementara kita menunggu hasil tuaian pemain – pemain muda NFDP (kini dikenali AMD – Akademi Mokhtar Dahari).

Pintu Gerbang Akademi Mokhtar Dahari. Foto: Perbadanan Stadium Malaysia.

Buang sentimen kejatian sebentar dan cuba lah menguji keberkesanan menggunakan naturalisasi dalam skuad kebangsaan.

Banyak negara yang menggunakan khidmat pemain naturalisasi untuk memajukan negara mereka dalam sukan bolasepak misalnya Jepun pada 1990 an yang lalu.

Usah pandang jauh, pandanglah serantau kita seperti Singapura dan Filipina. Anda lihat betapa berjayanya Singapura menjuarai empat kejuaraan Piala AFF dengan menggunakan khidmat pemain naturalisasi.

Lihat bagaimana Filipina berjaya mengegar peringkat asia apabila layak ke Piala Asia selepas menggunakan kaedah naturalisasi.

Namun perlu ada perancangan di peringkat akar umbi. Kita perlu mempersiapkan pemain berkualiti. Pemain tempatan juga perlu belajar lebih dari pemain naturalisasi.

Penggunaan pemain naturalisasi ini perlu untuk memperbaiki permainan skuad kebangsaan. Tidak perlu mengambil terlalu ramai, ambil lah seberapa yang perlu untuk melancarkan pasukan.

Penyokong tidak akan mengkritik kerana bagi mereka, siapa yang pakai jersi skuad kebangsaan, mereka layak untuk di berikan sokongan.

Apabila pemain pemain muda negara sudah matang, barulah kita perlu menyelinap beberapa pemain untuk berada dalam skuad kebangsaan sambil mengurangkan penggunaan naturalisasi.

Sekian, andangan tak seberapa.

Nota editor: Anda mahu pandangan anda dibaca jutaan peminat bola sepak Malaysia? Hantarkan ke e-mail [email protected] dalam format microsoft words (400-800 patah perkataan)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN