Undian Piala Malaysia: Kedah Dan Kelantan Diundi Jumpa JDT

Setelah saingan Liga Super 2018 melabuhkan tirainya semalam, saingan Piala Malaysia pula membuka gelanggang dengan sesi undiannya bermula pada hari ini yang diadakan di Damansara Performing Arts Centre (DPAC) jam 3.30 petang tadi.

Majlis Undian sebentar tadi menyaksikan Juara Liga Super 5 kali, Johor Darul Ta’zim yang juga juara bertahan Piala Malaysia diundi bertemu finalist musim lepas, Kedah dalam kumpulan C. Turut berada dalam kumpulan yang sama ialah Kelantan dan wakil daripada Liga Premier, MIFA.

Selain itu, naib juara Liga Super 2018, Perak berdepan tugas sukar apabila diundi dalam kumpulan A bersama Terengganu, Kuala Lumpur dan naib juara Liga Premier 2018, Felcra FC.

Malah paling menarik undian itu turut menyaksikan juara Liga Premier 2018, Felda united diundi dalam kumpulan B bersama PKNS FC, Melaka United dan PDRM.

Manakala juara Piala FA 2018, Pahang dijangka tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir apabila diundi dalam kumpulan D bersama juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor, PKNP FC dan Sabah.

Piala Malaysia musim ini masih mengekalkan format yang sama iaitu 4 pasukan di dalam 4 kumpulan yang berbeza dengan dua pasukan teratas akan layak ke pusingan kalah mati.

Cuma yang membezakan pada musim ini adalah Piala Malaysia pada kali ini dijalankan selepas sahaja saingan Liga Super berakhir berbanding musim yang lepas yang dijalankan serentak dengan saingan Liga Super.

Seperti biasa, untuk undian ini 16 pasukan telah diasingkan di dalam 4 balang berdasarkan kedudukan mereka di dalam Liga.

Perlawanan peringkat kumpulan akan dijalankan bermula 3 Ogos 2018 sehingga 16 September 2018, suku akhir (21-30 September 2018), separuh akhir (5-21 Oktober 2018) dan perlawanan akhir dijadualkan pada 27 Oktober 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN