Naturalisasi: Akmal Rizal Tidak Nampak Apa-Apa Keistimewaan Pada Michael Ijezie

Bekas penyerang skuad kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli mempersoalkan hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mahu menaturalisasikan penyerang import UKM FC, Michael Ijezie bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya.

Menurut Sukan Sinar, beliau berpendapat FAM sepatutnya mendapatkan seorang pemain yang lebih berkualiti dan beraksi di pentas tertinggi dalam saingan liga domestik untuk memberi impak positif dalam skuad kebangsaan.

“Saya berpendapat, alang-alang mahu menggunakan pemain naturalisasi, FAM perlu memastikan kita mendapatkan pemain yang jauh lebih hebat daripada pemain tempatan. Biarlah pemain itu benar-benar mampu memberi impak kepada prestasi pasukan kebangsaan kita.

“Tapi maaf, secara peribadi saya tidak nampak apa-apa keistimewaan pada Ijezie sehingga FAM mahu menjadikan dia pemain naturalisasi dan mewakili negara.

“Saya tidak terlalu mengenalinya, mungkin tidak adil untuk saya membuat rumusan sebegitu. Namun, jika berdasarkan rekod serta statistiknya sebagai penyerang sejak bermain di sini, tiada bukti menunjukkan dia seorang pemain yang benar-benar luar biasa.

“Lagipun sepanjang di sini, dia hanya bermain dengan kelab dalam divisyen bawahan sedangkan tugas yang bakal digalas nanti adalah bertaraf antarabangsa.

“Malah, faktor umur juga tidak memihak kepada Ijezie. Dia sekarang sudah berusia 31 tahun, berapa lama khidmatnya boleh kita gunakan untuk skuad kebangsaan?” soal Akmal.

FOTO: UKM FC

Beliau yang muncul sebagai penjaring terbanyak Piala Cabaran dengan 13 gol musim lalu sudah lama beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) sejak tahun 2000 dan mendirikan rumah tangga dengan wanita tempatan yang berasal dari Sarawak.

Sebelum menyertai UKM FC, Ijezie pernah mewakili T-Team FC sebelum berpindah ke beberapa kelab kecil seperti Betaria (2002-2013), SPA (2015) MIFA (2017).

“Ini sekadar pandangan peribadi saya sebagai pemerhati bola sepak. Mungkin mereka yang duduk dalam FAM terutama jurulatih Tan Cheng Hoe lebih tahu dan arif.

“Sudah pasti ada sesuatu yang Cheng Hoe nampak pada pemain ini yang boleh dimanfaatkan untuk pasukan negara. Jika beliau tetap mahu menggunakan Ijezie, kita patut memberi pemain itu peluang,” ujar Akmal.

Ijezie kini hanya perlu menunggu ‘lampu hijau’ daripada FAM serta kelulusan di peringkat kerajaan untuk menjadi pemain naturalisasi kedua skuad Harimau Malaya.

Jika Ijezie mendapat kelulusan daripada kerajaan, ia pasti khabar gembira buat Tan Cheng Hoe yang menagih khidmatnya bagi menghadapi saingan kelayakan Piala Dunia 2022 menentang Timor Leste pada 6 dan 11 Jun ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN