Nasser Al Khelaifi Jelaskan Kenapa PSG Tidak Melanggar Peraturan FFP

Presiden Paris-Saint Germain, Nasser Al-Khelaifi yakin yang kelab mereka tidak melanggar sebarang dasar Financial Fair Play regulations (FFP).

Beliau mengulas hal ini selepas wartawan bertanya akan hal tersebut dan kemungkinan besar PSG akan disingkirkan daripada UCL.

PSG menjadi tumpuan dunia dengan mendapatkan Neymar daripada Barcelona dengan rekod perpindahan dunia £198 juta dan kemudian meminjam Kylian Mbappe dengan opsyen pembelian tetap £165 juta dibayar pada 2018.

UEFA sebelum ini mengesahkan yang pihak mereka sedang menyiasat dan memantau aktiviti di PSG. Hal tersebut dibidas oleh Presiden La Liga, Javier Tebas yang menyatakan UEFA hanya bersandiwara.

Tebas berbependapat, jika UEFA betul-betul menyiasat PSG dan Manchester City, tidak mungkin 2 kelab tersebut terlepas daripada kesalahan di bawah FFP.

Bercakap kepada Daily Telegraph, Al-Khelaifi berkata, pihak mereka tidak pernah melanggar peraturan dan menimbulkan sebarang masalah dalam urusan kewangan.

“Kami bekerja keras dalam tempoh 6 tahun untuk menjana keuntungan kepada kelab. Kami berjaya meningkatkan hasil pendapatan kelab menerusi kutipan tiket, penajaan, cendera mata, hak penyiaran dan pendapatan pada hari perlawanan.”

“Kami menjana keuntungan daripada €90 juta kepada €500 juta dalam 2 tahun kewangan terakhir kami.”

“Kini kami sedang berusaha untuk meningkatkan keuntungan sekitar 20% sehingga 40%. Kami sudah memenuhi syarat FFP sehingga 30 Jun 2018.”

“Saya nak beritahu semua orang, tenang, dan fikirkan tentang projek anda sendiri. Kami di sini pula memikirkan tentang projek kami.”

“Saya tidak pernah tertekan kerana suara-suara daripada kelab lain. Dan saya tidak rasa UEFA akan dipengaruhi oleh mereka kerana tertekan. UEFA sangat profesional dan serius di dalam pengurusan mereka.”

“Untuk keseribu kalinya saya menyatakan yang saya masih yakin. Kami menghormati kelab lain dan berharap mereka pun menghormati kami. Kami menghormati semua peraturan.”

“Perlaburan yang kami buat pada hari ini pastinya akan memberikan pulangan jangka panjang. Dan saya yakin dalam masa 2 atau 3 tahun kami akan dapat hasil maksimum. Hari itu nanti mereka akan berkata: lihat PSG, mereka melakukan kerja yang bagus sekali.”

“Saya menghubungi Globo TV di Brazil. Mereka suruh saya teka berapa orang yang menyaksikan majlis pengenalan Neymar. Cuma hari pengenalan bukan perlawanan pertama. Cuba anda teka?”

(Photo by Xavier Laine/Getty Images)

“Saya teka 5 juta orang. Dia berkata, salah. Saya teka lagi, 10 juta orang. Dia kata salah. Jawapannya 85 juta orang yang menonton.”

“Hari ini kami ada masalah ‘yang bagus’ untuk diselesaikan. Kami sekarang bermasalah kerana jersi tak cukup. Kami perlu selesaikan masalah ini.”

“Saya pergi ke Amerika Syarikat minggu lalu dan melihat jersi PSG di mana-mana sahaja. Sama juga ketika saya berkunjung ke Latin dan Timur tengah.”

Sumber

Sky Sport – http://www.skysports.com/football/news/11820/11031205/president-nasser-al-khelaifi-says-psg-are-not-worried-about-the-prospect-of-a-uefa-investigation

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN