Keputusan Undian Pasukan Selangor Champions League 2017

Pada hari sabtu yang lalu, bersamaan 9 September 2017, Selangor Champions League telah menganjurkan sesi taklimat teknikal dan Undian Kumpulan bagi SCL2017.

Acara telah berlangsung di pejabat Dentsu Sports Asia yang terletak di Wisma Guocoland, Damansara City dari jam 10.30 pagi sehingga 2.00 petang.

Sesi taklimat teknikal dan Undian Kumpulan SCL2017 ini dihadiri oleh semua pengurus pasukan yang bertanding pada musim ini bersama 2 orang wakil dari setiap pasukan.

Aturcara bagi acara pada Sabtu yang lalu adalah seperti yang berikut:

10.30AM : Pendaftaran
11.00AM : Ucapan Pembuka Majlis
11.05AM : Taklimat Teknikal oleh Football Selangor
11.35AM : Taklimat Pertolongan Cemas oleh Dr. Wazien Wafa (KL2017 Sea Games Medical Team)
12.05PM : Tayangan Video
12.10PM : Undian SCL2017
12.40PM : Taklimat FIFA Laws of The Game dari En. Basith (Pengadil Antarabangsa dan FAM)
01.10PM : Penyerahan SCL2017 Management Kit oleh Kaki Jersi
01.30PM : Sesi Bergambar
01.45PM : Bersurai

Seramai lebih 50 wakil dari semua pasukan-pasukan yang akan bertanding dalam SCL2017 telah
menghadiri Sesi Taklimat Teknikal dan Proses Undian bagi peringkat kumpulan SCL2017. Hanya satu minggu sahaja lagi sebelum bermulanya musim baru bagi Selangor Champions League.

Majlis bermula dengan ucapan kata-kata aluan dan taklimat teknikal oleh saudara Johan Kamal Hamidon, Pengarah SCL2017 di mana barisan pengurus pasukan menerima penerangan tentang peraturan terkini bagi SCL musim ini.

Taklimat diteruskan oleh Dr. Wazien Wafa yang telah berkhidmat bersama Kuala Lumpur 2017 SEA Games Medical Team. Dr Wazien telah memberi penerangan mengenai teknik-teknik asas pertolongan cemas dan langkah-langkah mudah yang boleh diambil jika berlaku sebarang kecemasan ketika perlawanan sedang berlangsung.

Taklimat khas mengenai pertolongan cemas ini bertujuan memberi pendedahan kepada semua pasukan tentang kepentingan pertolongan cemas dalam sesebuah pasukan dan kejohanan. Taklimat terakhir merupakan taklimat dari En Basith, pengadil antarabangsa dan FAM mengenai undang-undang terkini perlawanan.

Acara Undian SCL2017

Sesi undian kumpulan bagi SCL2017 telah dihos oleh saudara Muzammil dari SemuanyaBola, Rakan
Strategik SCL2017 dan dibantu oleh saudara Khalilul dari Padang Bola Sepak, Rakan Komuniti SCL2017.

Sesi undian merupakan acara yang dinantikan oleh semua pasukan untuk mengetahui kumpulan
masing-masing. Keputusan undian adalah yang berikut:

Kumpulan A: Kumpulan B:

A1 : AZS FC B1 : Shah Alam Antlers
A2 : Level Up B2 : SA United
A3 : Condoh FC B3 : Axis-O2
A4 : Southern FC B4 : Protap FC
A5 : Naga FC B5 : Empayar
A6 : Ingress Tigers B6 : Rebel FC
A7 : ATZ Serayan B7 : PIB FC
A8 : Puchong Fuerza B8 : Terrapins FC
A9 : Ultimate FC B9 : Klasiko FC

Rakan Penaja SCL2017

SCL2017 telah menerima seramai 26 rakan penaja yang akan membantu untuk menjayakan lagi Selangor Champions League musim ini. Senarai rakan penaja SCL2017 adalah yang berikut:

1. Selangor Youth (SAY) : Rakan Pengasas
2. Semuanya BOLA : Rakan Strategik
3. Smart Selangor : Penaja Platinum
4. Majlis Sukan Negara : Penaja Emas
5. IM4U : Penaja Emas
6. KDU University College: Penaja Emas
7. Sunway : Penaja Emas
8. Astro Awani : Media Rasmi
9. IM4U FM : Media Rasmi
10. Media Selangor : Penyiar Rasmi
11. Blublack Arena : Penyiar Rasmi
12. Kaki Jersi : Pakaian Rasmi
13. 100PLUS : Isotonik Rasmi
14. Ice Mountain : Air Mineral Rasmi
15. Ranger : Minuman Tenaga Rasmi
16. Shoot & Score : Stadium Rasmi
17. Asiana.my : Jurugambar Rasmi
18. Black Orange : Paramedik Rasmi
19. PKNS FC : Rakan Teknikal
20. PKNS : Rakan Korporat
21. Terengganu Amateur League: Rakan Komuniti
22. Padang Bola Sepak : Rakan Komuniti
23. Armada Bola : Rakan Komuniti
24. Tekkers : Rakan Komuniti
25. Arena Futsal Malaysia: Rakan Komuniti
26. Sons Of Pitches : Rakan Komuniti

Maklumat Kejohanan

Pada tahun ini, para pasukan yang bertanding berpeluang untuk memenangi hadiah kejohanan yang berjumlah RM30,000. Kejohanan akan bermula pada 18 September 2017 sehingga Disember 2017 dan akan berlangsung di Stadium Panasonic Kompleks Sukan Negara, Shah Alam.

Setiap perlawanan akan berlangsung pada setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis pada jam 8.00PM sehingga 11.00PM.

Nantikan juga kupasan dan sorotan perlawanan SCL2017 di IM4U FM dalam rancangan Game On bersama Keiran pada setiap hari Isnin, pada pukul 12.00PM – 01.00PM dan juga dalam rancangan Bual Bola di Astro Awani (maklumat lanjut akan diumumkan dari masa ke semasa).

Jangan lupa untuk lawati laman sosial kejohanan Selangor Champions League 2017 di Facebook @Football Selangor atau @Selangor Champions League, di Instagram @footballselangor dan di Youtube @footballselangor. Untuk sebarang maklumat, sila hubungi kami di [email protected].

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN