Nasib Gareth Bale Bersama Real Madrid Ditentukan Akhir Musim Ini

Pengurus Real Madrid, Zinedine Zidane mengatakan nasib pemain sayap kelab itu iaitu Gareth Bale hanya akan diketahui pada akhir musim ini.

Menurut laporan Sky Sports, masa depan pemain tersebut tergantung tanpa tali selepas Zidane kembali menjadi pengurus kelab tersebut.

Umum mengetahui yang Bale begitu jarang menjadi pilihan Zidane untuk berada dalam kesebelasan utama. Dengan kembalinya pengurus itu, mimpi ngeri Bale bersama beliau kembali lagi.

Namun begitu, Zidane mengatakan pemain itu akan kembali menjadi watak penting pasukan dalam baki saingan liga musim ini.

“Gareth Bale merupakan pemain yang penting dalam skuad kami. Kami akan main 10 baki perlawanan liga dan kami akan lihat apa akan jadi selepas itu.”

“Ia tak bermakna, akan ada perubahan selepas itu.”

Sepanjang tempoh Zidane menjadi pengurus, Bale kerap kali dijadikan sebagai pemain gantian.

Walaupun begitu, impak yang diberikan oleh Bale tetap ada dan besar walaupun hanya mempunyai masa singkat sahaja untuk beraksi di atas padang.

Spekulasi mengenai masa depan Bale di Real Madrid kembali menjadi hangat dengan beliau dikaitkan dengan beberapa perpindahan terutamanya kembalinya pemain Wales itu ke Premier League semula.

Real Madrid kini berada ditangga ketiga liga, dengan musim ini dianggap sebagai cukup teruk baik dalam saingan domestik mahupun Eropah.

Jelas sekali, Real Madrid masih mencari-cari rentak pada era pasca Cristiano Ronaldo ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN