Nasib Bojan Hodak Bakal Ditentukan FAM Pada 17 April?

Bojan Hodak

Tindakan pengendali skuad B-19 negara, Bojan Hodak mengkritik sistem pembangunan akar umbi bola sepak Malaysia yang disifatkan sebagai lemah telah mengundang pelbagai reaksi.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang sebelum ini menyatakan kekecewaan mereka dengan kritikan tersebut dikhabarkan telah meminta penjelasan namun tiada jawapan daripada Hodak.

Apa nasib Hodak?

Kali terakhir Hodak memberi respon berhubung perkara ini, beliau telah meminta Timbalan Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi untuk berhubung dengannya untuk penjelasan.

“Datuk Yusoff ada nombor saya dan boleh menghubungi saya bila-bila masa untuk meminta penjelasan,” ujarnya yang dipetik menerusi berita ini.

Bojan Hodak ditemuramah oleh pihak media di Wisma FAM semalam. FOTO: FAM

Adakah FAM akan menggunakan alasan ini untuk menamatkan perkhidmatan jurulatih berusia 47 tahun itu?

Menurut New Straits Times, kontraknya bakal tamat pada 31 Julai depan dan FAM perlu menawarkan sambungan kontrak dalam tempoh 3 bulan sebelum jika masih mahukan khidmatnya.

Pencapaian Hodak

Walaubagaimanapun, ianya mungkin bakal mengundang kritikan kerana Hodak bersama skuad kendaliannya telah menghadirkan beberapa keputusan yang baik sebelum ini.

Antaranya, mereka meraih naib juara Kejohanan AFF B-19 2017, tewas 0-2 kepada Thailand di pentas akhir.

Kemudian, Hodak dan skuad kendaliannya meraih slot untuk ke Kejohanan AFC B-19 2018 selepas menamatkan saingan kelayakan di kedudukan kedua kumpulan di belakang Korea Selatan.

Bojan Hodak. FOTO: FAM

Dan tahun lalu, mereka berjaya menjuarai Kejohanan AFF B-19, menewaskan Myanmar 4-3 di pentas final.

Jika berdasarkan keputusan dan juga KPI, Hodak boleh dikategorikan lulus dengan jayanya namun isu ini dilihat bakal menyukarkan hubungan antaranya dan FAM.

Keputusan di tangan FAM

Adakah  isu ini akan digunakan untuk menyingkirkan Hodak? Jika ianya berlaku, ia bakal memberikan imej kurang baik kepada FAM.

FAM dijangka akan bersidang pada 17 April depan dan Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam telah menjelaskan sebelum ini yang isu Hodak bakal dibincangkan dalam mesyuarat tersebut.

Memetik laporan tersebut lagi, terdapat ura-ura mengatakan yang FAM dalam proses untuk mengurangkan bajet tahunan.

Mungkin itulah jawapan kepada ‘kehilangan’ dua individu dalam barisan kejurulatihan iaitu Aminuddin Hussin (penolong jurulatih skuad senior) dan juga Nenad Bacina (penolong Hodak).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN