Napoli dilaporkan bersedia untuk bersaing dengan Inter Milan untuk mendapatkan tandatangan penyerang Manchester United, Romelu Lukaku pada jendela perpindahan musim panas ini.
Menurut La Gazetta dello Sport, Napoli bersedia untuk membayar €10m setahun kepada Lukaku.
Serie A dilihat sebagai destinasi semakin pasti buat penyerang antarabangsa Belgium ini, selepas pernah secara terbuka menyatakan ingin ke Itali pada penghujung musim lalu. Namun kelab manakah yang akan disertai oleh Lukaku masih lagi menjadi tanda tanya.
Inter juga tidak berselindung menyatakan minat mereka terhadap Lukaku selepas pemain itu pernah menjadi sasaran utama Antonio Conte ketika bersama Chelsea pada tahun lalu.
Kini La Gazzetta dello Sport berkata Napoli turut menyertai perlumbaan untuk mendapatkan penyerang Manchester United itu dengan tawaran gaji yang lebih lumayan.
Keinginan Napoli untuk mendapatkan Lukaku turut didorong oleh pencukaian yang lebih rendah untuk menggalakkan pelabur luar di Itali. Naples yang berada di selatan semenanjung menikmati diskaun cukai lebih rendah sebanyak 90%, berbanding wilayah yang berada di bahagian utara.
End of the road for Red Rom❓?
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) May 30, 2019
Walaupun Napoli dikatakan sanggup menawarkan jumlah gaji yang tinggi, kelab tersebut sering bergelut dengan bayaran hak imej pemain.
Presiden kelab, Aurelio De Laurentiis sentiasa mahukan setiap pemain yang beraksi bersama Napoli untuk menandatangani kontrak berasingan untuk hak imej – menyebabkan kebanyakkan rundingan untuk pemain baharu gagal menjadi kenyataan.
Manchester United dilaporkan mahukan £80 juta untuk membenarkan Lukaku meninggalkan Old Trafford. Atau adakah ini akan dilihat sebagai peluang pertukaran pemain untuk United mendapatkan Kalidou Koulibaly?