Cara sebegini mungkin pelik, dan sememangnya pelik.
Kelab Itali, Napoli telah pun menjalani usaha sama dengan sebuah aplikasi cari jodoh (dating) iaitu Tinder sebagai cara untuk mendekati peminat mereka.
Usaha ini menyaksikan pertama kali dalam di Itali sebuah kelab bola sepak menjalin kerjasama dengan aplikasi cari jodoh sebegini.
4 orang
Sebagai salah satu daripada persetujuan kerjasama, pihak Napoli mendaftar nama penyerang mereka iaitu Arkadiusz Milik dalam aplikasi tersebut.
Menerusi akaun tersebut, Milik bakal mempunyai akaun Tinder sendiri dan perlu memilih 4 peminat bertuah menerusi aplikasi tersebut.
4 peminat tersebut yang dipilih secara rawak oleh Milik akan memperoleh peluang untuk keluar bersama penyerang muda itu.
Milik nyata teruja kerana dapat menjadi sebahagian daripada usahasama ini, bagi beliau teknologi mendekatkan manusia.
“Teknologi mendekatkan manusia dan begitu juga dengan sukan. Saya tak sabar nak sertai perkara ini.”
“Saya bangga dapat sertai dalam kerjasama yang unik dan inovatif ini bersama pihak Tinder.”
Tinder merupakan aplikasi cari jodoh yang terkenal dan digunakan di seluruh dunia.
Pengguna Tinder berpeluang dapat berjumpa dengan orang-orang baharu di aplikasi tersebut.
Baca juga: Forkey Doe Didapati Bersalah Miliki Kereta Klon