Nantes Tidak Akan Halang Ranieri Pergi Untuk Itali

Kelab Ligue 1 Perancis, Nantes tidak akan menghalang Claudio Ranieri mereka mengambil keputusan untuk meninggalkan Stade de la Beaujoire, jika Itali memerlukan khidmat pengurus tersebut.

Malah Les Canaris akan membenarkan Ranieri melakukan perbincangan dengan Persatuan Bola Sepak Itali (FIGC), agar pengurus kelahiran Rom itu mampu mencapai impian untuk melatih skuad kebangsaan negara kelahirannya.

Claudio Ranieri, headcoach of Nantes during the Ligue 1 match between Nantes and Lille OSC at Stade de la Beaujoire on February 11, 2018 in Nantes, . (Photo by Vincent Michel/Icon Sport)

Jawatan jurulatih Itali menjadi kosong selepas Gian Piero Ventura dipecat daripada jawatan tersebut, berikutan kegagalan negara itu melayakkan diri ke Piala Dunia sejak 60 tahun yang lalu.

Kali terakhir Itali tidak beraksi di Piala Dunia ialah ketika edisi di Sweden pada 1958.

Buat masa ini jurulatih skuad B-21 Itali, Luigi Di Biagio diberikan peranan sebagai pengurus sementara skuad Azzuri, sementara menunggu FIGC memuktamadkan pengganti Ventura secara tetap.

Selain daripada Ranieri, nama lain yang turut berada di dalam senarai FIGC sebagai calon untuk dilantik ke jawatan tersebut ialah Carlo Ancelotti, Antonio Conte dan juga Roberto Mancini.

Ranieri yang menyertai Nantes pada awal musim ini berkata beliau akan meninggalkan Nantes jika diberikan tawaran untuk mengemudi Itali. Presiden Nantes, Waldemar Kita turut mengesahkan beliau tidak akan menghalang impian Ranieri.

Nantes’ French Polish president Waldemar Kita (L) chats with Nantes’ Italian head coach Claudio Ranieri during the official presentation of the team, on September 18, 2017 in Nantes, western France. / AFP PHOTO / LOIC VENANCE (Photo credit should read LOIC VENANCE/AFP/Getty Images)

Waldemar Kita dipetik sebagai berkata:

“Apabila situasi mengkehendaki kami untuk duduk berbincang, maka saya akan berbincang dengan Ranieri mengenai perkara ini. Beliau adalah seorang jurulatih yang mempunyai pengalaman luas di dalam bola sepak,” ujar Kita sepertimana dipetik oleh L’Equipe.

“Saya juga boleh memahami bahawa peluang sebegini tidak akan datang banyak kali. Oleh itu, kita harus melihat dan menyusun kembali strategi kita, agar kelab ini tidak berada di situasi sukar jika beliau pergi.”

(Photo credit should read CHARLY TRIBALLEAU/AFP/Getty Images)

“Bagaimanapun, kita belum berada di tahap untuk melakukan perkara sedemikian. Itali mempunyai ramai lagi calon untuk dipertimbangkan.”

“Mengendalikan sebuah skuad kebangsaan negara kelahiran sendiri adalah impian setiap jurulatih. Saya tida mahu dikatakan menghalang impian sesiapa. Jika ia berlaku, Nantes perlu menyeseuaikan diri dengan perubahan. Di pihak pengurusan, kami akan melakukan apa yang perlu dilakukan,” jelas Kita lagi.

Sebelum tiba di Nantes, Ranieri telah melatih beberapa kelab utama sekitar Eropah seperti Cagliari, Fiorentina, Valencia, Monaco, Juventus dan Chelsea.

Tetapi pencapaian luar biasa dan yang paling dikenang oleh pengikut sukan bola sepak dunia, sudah tentunya apabila pengurus yang pernah digelar The Tinkerman ini mengemudi Leicester City menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) pada musim 2015/16.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN