Presiden Barcelona Dedah Perancangan Tukar Nama Nou Camp

Barcelona bercadang untuk menukarkan nama gelanggang keramat dan rasmi gergasi Catalan itu, Nou Camp dalam masa terdekat.

Perkara tersebut masih di dalam peringkat perbincangan. Rundingan dengan tiga syarikat gergasi berkenaan dengan hak penamaan stadium berkenaan telah mengambil tempat, dan ia mampu menjana perjanjian melibatkan tidak kurang daripada £250 juta.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Penjualan hak penamaan Nou Camp adalah sebahagian daripada rancangan kelab itu untuk mengubahsuai stadium yang telah digunakan oleh kelab berkenaan sejak 1957.

Rancangan pengubahsuaian Nou Camp turut melibatkan kawasan sekitar stadium dengan anggaran kos di bawah £500 juta.

(Photo by Dave Winter/Icon Sport)

Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu berada di London pada minggu ini ketika menyaksikan pasukannnya mencatatkan keputusan seri 1-1 menentang Chelsea di Stamford Bridge dalam perlawanan UEFA Champions League (UCL).

Ketika bercakap mengenai kewangan kelab bersama Bloomberg, Bartomeu berkata:

Photographer: Chris J. Ratcliffe/Bloomberg via Getty Images

“Beko adalah penaja terkini yang mempebaharui perjanjian bersama kita, Langkah seterusnya ialah berkenaan hak penamaan stadium.”

“Espai Barca ialah projek untuk memperbaharui stadium, dan ia turut melibatkan kawasan sekitar bandar Barcelona. Ia akan menjadi arena yang baru.”

Photographer: Chris J. Ratcliffe/Bloomberg via Getty Images

“Buat masa ini kita sedang berbincang dengan beberapa syarikat. Rakan kongsi yang lain akan membawa masuk sebahagian daripada pelaburan untuk tujuan tersebut.”

“Salah satu objektif kelab ialah untuk membawa masuk keuntungan pada setiap tahun. Ini kerana kita perlu melabur kembali wang berkenaan untuk pemain dan infrastruktur.”

Bartomeu turut menyentuh masa depan Lionel Messi dan Andres Iniesta, dan mengharapkan kedua-dua pemain akan terus kekal di kelab berkenaan untuk tahun-tahun mendatang.

(Photo by Rob Newell – CameraSport via Getty Images)

“Kami mahu bermain bola sepak yang cantik, berlatih dengan kaedah yang unik, dan sudah tentu Lionel Messi merupakan pemain utama kami,”

“Andres Iniesta adalah satu lagi contoh. Kami bukan sekadar mahukan beliau sebagai seorang pemain, tetapi untuk menjadi legenda di sini. Ia adalah sama dengan Messi.”

“Walaupun pemain ini telah memperbaharui kontrak selama 4 tahun, saya tidak berpendapat ia adalah kontrak terakhir beliau bersama kami,” tambah Bartomeu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN