Pemain Portugal, Nani telah diturunkan oleh Orlando City dalam perlawanan sulungnya di kancah Major League Soccer. Beliau dibawa dimasukkan pada minit ke-70.
Bantuan
Pada perlawanan di laman sendiri tersebut, beliau telah membuat second assist kepada rakan sepasukan, Dom Dwyer. Kemudiannya Dwyer membuat hantaran kepada Tesho Akindele untuk menjaringkan gol.
Gol tersebut hadir pada minit ke-75, selepas 5 minit Nani memasuki padang.
Gol penyamaan Akindele itu telah menyelamatkan Orlando daripada tewas kepada New York City. Orlando bertemu New York City pada perlawanan pembukaan Major League Soccer musim 2019.
Pada awal permainan, pelawat mendahului permainan melalui gol Ebenezer Ofori dan Alex Ring. Kemudiannya, Orlando merapatkan kedudukan skor melalui gol Chris Mueller pada minit ke-59.
Akhirnya, Akindele berjaya menjaringkan gol penyamaan untuk membawa 1 mata penting buat tuan rumah.
Disambut meriah
Ketika nama Nani diumumkan untuk dibawa masuk, para penonton di Orlando City Stadium bersorak. Beliau mengenakan nombor berjersi 17.
Pemain Portugal itu menyertai kelab MLS itu pada pertengahan Februari lalu secara percuma dari Sporting Lisbon.
Nani menandatangani kontrak selama tiga tahun bersama kelab dari Florida itu. Beliau telah dilabelkan oleh pengurusan kelab sebagai Designated Player.
Sebelum ini, Kaka pernah menjadi pemain yang bergelar Designated Player oleh Orlando City. Nampaknya, Nani boleh menjadi daya penarik peminat dari Portugal untuk menonton MLS.
Kredit foto: Pro Soccer USA