Cerita Di Sebalik Nama Wanderers Dalam Bola Sepak, Antara Sejarah, Legasi Dan Identiti

Nama Wanderers agak popular dalam bola sepak. Banyak pasukan yang menggunakan nama ini. Dalam data whoscored menunjukkan ada 21 pasukan yang menggunakan nama wanderers di belakang mereka.

Itu tidak termasuk pasukan-pasukan yang bukan dari liga utama yang tidak dapat direkodkan oleh whoscored.com.

w1

Jadi, persoalannya, apakah makna sebenar di sebalik wanderers? Ini mungkin penjelasan yang anda cari.

Etimologi

Istilah ini sinonim dengan bola sepak Inggeris. Istilah asalnya adalah daripada perkataan wandering yang bermaksud mengembara.

Di kalangan peminat bola sepak Inggeris, istilah wanderers asalnya merujuk kepada pasukan yang tidak memiliki gelanggang mereka sendiri dan sentiasa ‘mengembara’ pada setiap hari perlawanan.

Mereka adalah pasukan yang suka bertukar-tukar tempat ketika bermain perlawanan home. Justeru, mereka tidak menjadikan satu tempat sahaja menjadi gelanggang home mereka.

Pada suatu ketika dahulu di Amerika, mereka mulai menggelar pasukan pelawat (away team) sebagai pasukan wanderers dalam sukan-sukan seperti American Football, besbol, ragbi dan kriket.

Sejarah Awal Di England

Pada sekitar era awal bola sepak Inggeris sekitar 1880-an, banyak pasukan bola sepak yang tidak ada padang sendiri.

Oleh itu, mereka perlu mengguna atau meminjam padang pasukan lain. Salah satu lagu pilihan paling mudah adalah meminjam padang paukan yang mereka tentang dengan status mereka sebagai pasukan tuan rumah.

Jadi setiap perlawanan ibarat ‘awayday’ untuk mereka.

Charles Alcock Dan The Wanderers

Sebuah kelab yang ditubuhkan pada 1859, ditubuhkan oleh sekumpulan graduan sekolah awam yang diketuai oleh Charles W. Alcock diberi nama Forest Football Club.

w1

Forest Football Club menang perlawanan kompetitif pertama mereka menentang Crystal Palace dengan jaringan 4-0 dalam satu perlawanan 15 sebelah.

Alcock boleh dikira antara tokoh pemodenan bola sepak Inggeris pada ketika itu dengan ideologi beliau yang berpandangan jauh.

Beliau adalah individu pertama yang mengatur pertemuan persahabatan di antara England dengan Scotland pada 1870.

Ketika menjawat jawatan dalam FA England, Alcock turut bertanggungjawab mencetuskan idea kejohanan Piala FA. Pasukan beliau Forest Football Club menjadi juara pertama menewaskan Royal Engineers pada tahun 1872.

Pada ketika ini Forest Fotball Club tiba-tiba menggunakan nama Wanderers dalam kempen mereka. Mereka menjadi kelab Inggeris paling berjaya pada akhir tahun 1870-an dan awal 1900-an.

Wanderers menjuarai 6 daripada 10 edisi pertama Piala FA.

roy

Berpindah Ke Kennington Oval

Pada 1869 mereka menjadikan Kennington Oval menjadi gelanggang home mereka. Kelab ini akhirnya menukar nama kepada Christ Church Football Club pada 1874 kerana mereka berpangkalan di gereja.

christ_church

Berlaku konflik di antara pihak gereja dengan pasukan bola sepak ini membuatkan mereka keluar daripada Kennington Oval kerana tanah gereja tersebut tidak sesuai untuk dijadikan ‘rumah’ kepada pasukan bola sepak.

Mereka meneruskan survival kelab dengan mengembara sekali lagi dalam setiap perlawanan dan digelar The Wandering One pada ketika itu.

Lahirlah Bolton Wanderers!

Akhirnya pada 1877, The Wanderers berpindah ke Pike’s Lane dan membina Burnden Park. Mereka akhirnya menukar nama mereka secara rasmi kepada Bolton Wanderers sehinggalah ke hari ini.

pikes_lane

Nama wanderers itu dikekalkan meskipun mereka sudah ada rumah sendiri dan tidak perlu merantau lagi untuk perlawanan di tempat sendiri kerana ia sudah terlalu sinonim dengan kelab mereka.

Kelahiran ‘Wanderers’ Yang Lain

Ini diikuti kelahiran Wolverhampton Wanderers yang turut dicetuskan pada tahun yang sama Bolton Wanderers menjenamakan semula pasukan mereka.

wycombewand1898

Nasib Wolverhampton Wanderers (Wolves) pada ketika itu hampir sama dengan apa yang Bolton Wanderers lalui sebelum ini.

Wolverhampton Wanderers wujud selepas mereka keluar daripada pangkalan mereka di Gereja St. Luke untuk bergabung dengan kelab kriket di Blackenhall. Mereka menggunakan nama Wolverhampton Wanderers of Middlesex pada awalnya.

Selepas pihak kelab bola sepak dan kelab kriket merasakan mereka perlu menguatkan jenama masing-masing, maka Wolverhampton Wanderers of Middlesex dibubarkan. Kelab bola sepak mereka menggunakan nama Wolves sahaja.

flags-fly-half-past-following-the-passing-of-former-wolverhampton-wanderers-owner-sir-jack-hayward-outside-molineux

Sebuah lagi kelab yang menamakan diri mereka dengan Wanderers adalah Wycombe Wanderers yang turut muncul pada era tersebut.

Ia seakan-akan menjadi satu trend oleh pasukan-pasukan yang tidak ada padang sendiri untuk terus meletakkan perkataan Wanderers di belakang nama pasukan mereka.

Antara kelab-kelab Inggeris lain yang masih menggunakan nama Wanderers adalah Burton Park Wanderers, Cray Wanderers, Dorking Wanderers, Ipswich Wanderers, dan Langney Wanderers.

Kebanyakan mereka hanya mengekalkan nama tersebut sebagai identiti kelab kerana pada hari ini, hampir semua pasukan di England ada gelanggang mereka sendiri.

Maka istilah wanderers ini hanya sebagai sentimen kepada sejarah kelab mereka pada satu ketika dahulu yang pernah menjadi pengembara dalam setiap perlawanan.

Realiti di Malaysia, rasanya banyak kelab yang boleh digelar Wanderers. Anda mungkin boleh senaraikannya!

Baca juga : The Football League: Sejarah Penubuhan Liga Bola Sepak Tertua Di Dunia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN