‘Nak Tunggu Kami Main 5 Orang Ke Baru Nak Menang?’ – Segrt ‘Serang’ Kim Pan-gon

Jurulatih skuad kebangsaan Tajikistan, Petar Segrt mula melancarkan perang minda menjelang aksi bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini.

Pengurus berusia 57 tahun itu sepertinya memilih untuk menggunakan kaedah perang minda sebagai antara persiapan awal beliau untuk bertemu Harimau Malaya.

Ketika sesi sidang media sebelum aksi perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka, Segrt telah mengeluarkan beberapa kenyataan panas yang jelas sekali bertujuan untuk mengganggu mental kem Harimau Malaya.

Selain mempersoalkan tentang mutu pengadilan, beliau juga turut mengeluarkan kenyataan-kenyataan seakan memerli dan turut bercakap tentang penyokong.

Pengurus dari Croatia itu juga turut bercakap tentang nilai kemerdekaan mengikut kefahaman beliau dan dengan bongkaknya mengakui beliau mahu membawa pulang Piala tersebut.

Petar Segrt mengungkit tentang mutu pengadilan ketika aksi Malaysia bertemu India sebelum ini dengan beliau berharap skuadnya tidak akan menerima nasib sama.

Sergt juga turut mengakui yang beliau sempat bercakap dengan pengendali skuad kebangsaan India, Igo Stimac berkait hal tersebut dan beliau juga percaya yang skuad The Blue Tiger sudah bermain dengan sangat baik ketika bertemu Malaysia sebelum ini.

“Saya sudah bercakap dengan Stimac, Malaysia bermain bola sepak yang hebat dan sedikit beruntung kerana keputusan pengadil.”

Jelas Sergt.

“Dan untuk aksi esok [Perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2023], saya berharap pengadil yang lebih tepat dalam membuat keputusan, namun inilah bola sepak.”

Dalam pada menganjing soal mutu pengadilan, Segrt turut sempat menyatakan rasa kagum ke atas corak permainan Harimau Malaya walaupun mengakui dia tidak dapat hadir menonton aksi bertemu India sebelum ini kerana perlu berehat atas nasihat doktor.

“Kamu mempunyai pemain-pemain yang luar biasa, dan saya suka melihat corak permainan kamu, ianya sangat bagus”

Selepas bercakap tentang mutu pengadilan, Segrt melancarkan satu lagi perang minda dengan menyatakan:

“Esok kami akan datang ke perlawanan, percayakan saya, saya akan jadi yang pertama akan bawa Piala ini ke rumah jika saya dapat kesempatan itu.”

“Saya tak kan berikan 90 minit secara percuma kepada kamu, kamu perlu menang ke atas kami, kami akan berjuang, mungkin kami tak kuat esok, tapi dalam tempoh 90 minit ini, kami akan berjuang untuk piala ini.”

“Ia sesuatu yang sangat memuaskan, kesempatan dalam kehidupan kami, untuk menang Piala merdeka, saya di Indonesia selama 3 tahun, saya tahu merdeka, ia sesuatu yang besar untuk orang di sini, ia bukan piala yang kecil.”

“Esok di stadium dengan atmosphere, pemain saya semua tak tahu bagaimana 90 minit, mungkin 100 minit, kamu akan terus menyanyi, menjerit, tapi saya juga tahu tentang penyokong kamu, ketika kami menang, mereka akan berikan penghormatan (tepuk tangan).”

“Untuk detik ini, saya menanti untuk dapat penghormatan dari kamu esok di atas padang.”

Jelas Segrt yang yakin mereka akan mampu tewaskan Harimau Malaya malam nanti.

Selepas dengan bongkaknya mengakui mereka mampu menang, Segrt mula bermain permainan minda lagi dengan menyatakan:

“Kami tak ada sekitar 15 pemain kami untuk kejohanan ini. Secara purata usia pemain kami adalah 21 tahun, yang mana saya percaya ia antara skuad termuda dalam FIFA sekarang.”

“Saya ada seorang pemain baru berusia 16 tahun (Dilovari Jamshedzoda). Pemain paling tua saya berusia 28 tahun. Saya kehilangan pemain seperti Manuchekhr (Dzhalilov), yang sekarang bertarung dengan kanser. Saya juga tak ada Ehson (Panjshanbe), Alisher (Dzhalilov), Komron (Tursunov), Siyovush (Asrorov) dan Rustam (Yatimov).

Jelas Segrt menurut artikel yang ditulis oleh The Star.

“Kami gagal untuk dapatkan mereka kerana kelab mereka ada tugasan kompetetif yang lain dan kami mahu bantu kelab-kelab itu.”

“Jadi saya rasa, ini adalah masa terbaik untuk Malaysia kalahkan kami. Pasukan tuan rumah merupakan calon kegemaran.”

Paling menyakitkan, Pengurus berusia 57 tahun itu sempat memerli Malaysia seolah-olah skuad Harimau Malaya terlalu sukar untuk tewaskan skuadnya.

“Kami kehilangan enam ke tujuh pemain utama, jadi kalau kamu tak menang esok, berdepan Tajkistan, bila kamu nak menang berdepan kami? Mungkin kami datang sorang atau kami main dengan lima pemain.?”

Ya, begitulah yakinnya beliau yang kononnya Malaysia tak kan mampu tewaskan skuadnya andai beliau mampu bawa semua pemain utamanya ke sini.

Bagaimana pendapat kalian tentang keyakinan dan cara permainan minda Petar Segrt? Bincangkan di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN