‘Nak Termuntah’ – Netizen Meluat PAS Cemar Bola Sepak Dengan Politik Kepartian

Salah PAS

Tindakan seorang pemimpin Parti Islam Semalaysia (PAS) menggunakan imej bintang Liverpool, Mohamed Salah untuk membuat perbandingan terhadap pendirian mereka dalam isu arak telah diselar oleh netizen.

Dalam artikel yang disiarkan oleh Harakahdaily itu, Fairuz Hafiizh Othman yang berjawatan Setiausaha Politik kepada Pesuruhjaya PAS Perak mendakwa PAS telah berjaya memainkan peranan besar sehingga operasi kilang arak dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menyeluruh (Total Lockdown).

Maka beliau yakin dengan perkembangan tersebut, rakyat negara ini akan memberi sokongan kepada PAS agar diberi lebih kuasa untuk berperanan sebagai kerajaan dan ia pastinya dibimbangi oleh musuh PAS setelah berjaya menghalang kemudaratan besar yang dilakukan kerajaan sebelumnya.

“Bagi saya, itu harapan tinggi rakyat serta kepercayaan mereka bahawa hanya PAS boleh dan mahu berperanan. Ia sesuatu yang baik namun perlu diterjemahkan dalam kertas undi untuk menilai kemampuan sebenar PAS jika berkuasa,” ujar Fairuz.

Nama Salah akhirnya ‘ditunggang’ pada penghujung artikel dengan harapan agar PAS diberi peluang untuk membuktikan kemampuannya untuk memerintah.

“Siapa sangka kehebatan Mohamed Salah (Liverpool) dalam bola sepak terserlah dalam Liga Eropah walaupun berasal dari Mesir yang bukan gergasi bola sepak,”

“Berilah peluang kepada PAS sebagaimana liga Eropah akhirnya mengkagumi Salah. Tak keterlaluan kan perbandingan itu.”

Tidak pasti peluang apa lagi yang dimahukan kerana PAS sudah pun memegang tampuk pemerintahan lebih setahun tanpa memenangi pilhanraya hasil dari tindakan ‘menebuk atap’ pada tahun lalu.

Lalu ia menjurus kepada rasa ‘meluat’ netizen di media sosial yang beranggapan perbandingan tersebut sekadar merosakkan sukan bola sepak yang sepatutnya bebas dari unsur-unsur berkaitan politik kepartian.

“Menyamakan game pas dgn liga eropah, mmberi satu penghinaan besar pd mohd salah sekaligus memburukkan reputasi liverpool,” ujar Fauzee Ismail, seorang pengguna Facebook.

Manakala seorang lagi pengguna Facebook meminta PAS ‘cermin muka’ dengan sekurang-kurangnya memenangi 1/3 kerusi parlimen dan tidak ‘melukut’ di samping parti lain jika benar mahu menegakkan agenda mereka dalam pemerintahan

“Bertanding dan menangilah dahulu atleast 1/3 kerusi parlimen. Jika itu pun tidak boleh, sampai bila-bila pun terpaksa berkompromi dengan parti lain dan gadai prinsip. Ini jika betul-betul nak bawa Islamlah,” kata Hazwan Hayom

Salah merupakan ikon bola sepak Muslim yang dikagumi oleh peminat di seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Maka imej bersih beliau tidak seharusnya dicemari oleh pendirian politik pihak tertentu.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

7 Perkara Mengenai Pertemuan UAE VS Malaysia Yang Perlu Anda Tahu

Adakah Hati Wan Kuzain Sudah Tertinggal Di Malaysia?

4 Perlawanan 13 Hari, Van Marwijk Sedar Tekanan Dihadapi UAE

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN