“Nak Buat Kerja Mudah” – Klopp Bidas Pengadil Dan Cara West Ham Bermain

Jurgen Klopp melepaskan kegeramannya atas kekalahan pertama Liverpool pada musim ini dengan menuduh pengadil perlawanan, Craig Pawson membuat kerja mudah, menyelamatkan dirinya dengan keputusan VAR.

Dalam perlawanan pada awal pagi tadi Liverpool tewas 3-2 kepada West Ham di Stadium London.

Liverpool ketinggalan seawal minit keempat perlawanan apabila Alisson tertolak bola sepakan sudut Pablo Fornals ke dalam gawang sendiri akibat tekanan daripada pertahanan The Hammers, Angelo Obanna.

(Photo by John Powell/Liverpool FC via Getty Images)

Situasi tersebut kemudiannya menyebabkan pengadil mengambil masa agak panjang untuk melakukan semakan VAR, sebelum Pawson membenarkan gol tersebut diteruskan.

Itu bukan satu-satunya insiden di dalam perlawanan tersebut. Pemain pertahanan West Ham, Aaron Creswell terlepas hukuman daripada pengadil selepas satu tackle tinggi terhadap kapten Liverpool, Jordan Henderson.

Kelab Merseyside itu bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan melalui sepakan percuma cantik bek kanan terbaik dunia, Trent Alexander-Arnold pada minit ke-41 perlawanan.

Fornals dan Kurt Zouma kemudian menjaringkan gol di dalam tempoh lapan minit pada babak kedua perlawanan sebelum pemain gantian Divock Origi menjaringkan gol pada lewat perlawanan.

LONDON, ENGLAND – NOVEMBER 07: Jordan Henderson of Liverpool in action during the Premier League match between West Ham United and Liverpool at London Stadium on November 07, 2021 in London, England. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Jaringan Origi bagaimanapun gagal menghalang The Hammers mendapatkan tiga mata penting, sekaligus memintas Liverpool dan menduduki tempat ketiga di kedudukan Premier League.

Untuk rekod, Liverpool sudah tidak tewas 25 perlawanan dalam semua pertandingan, dan kekalahan tersebut mencetuskan kemarahan Klopp terhadap pengadil perlawanan.

“Ia sangat jelas kekasaran telah berlaku terhadap Alisson. Bagaimana ia bukan kekasaran? Lengan Ogbonna berada [mengasari Alisson] di situ. Anda boleh sentiasa berkata pengadil boleh melihat situasi sebenar, tetapi apabola anda melihat situasi keseluruhan secara dinamik – apabila kedua-duanya terjatuh – berapa dekatkah mereka?” Persoal Klopp.

“Mereka bersaing antara satu sama lain. Tetapi bagaimana ia bukan kekasaran tanpa menolak lengan Alisson?

“Pengadil pula mengambil jalan selamat untuk dirinya: ‘Mari, lihat VAR.’ VAR kemudian melakukan semakan dan berkata: ‘Tidak jelas dan ia ketara.’ Saya tidak faham mengapa. Membenarkan gol tersebut menjadikan keseluruhan situasi pelik.

(Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Kemudian saya melihat situasi Hendo [Jordan Henderson] dan Aaron [Creswell] dan daripada penglihatan saya ia jelas adalah kad merah. Tetapi tidak ada perbincangan untuk itu, dan saya tidak faham mengapa, mungkin mereka berkata beliau terlebih dahulu menyentuh bola.

“Tetapi hadangan sebegitu adalah bahaya tanpa mengira apa pun yang disentuh terlebih dahulu. Jika tidak boleh mengawal kaki dan kemudian menerjah lawan dengan kaki tinggi begitu, anda sama sekali tidak boleh bertindak sedemikian.

“Kita tidak boleh membuat keputusan begitu, dan pengadil, saya tidak tagu apa yang akan diperkatakannya mengenai situasi tersebut sekarang, tetapi ketika perlawanan beliau tampak sangat yakin keputusannya betul.”

Klopp juga jelas tidak senang dengan insiden melibatkan Said Benrahma terhadap Alexander Arnold selepas itu, dan Klopp mencadangkan agar Pawson ubah cara beliau mengadili perlawanan dan mengutamakan keselamatan.

Pengurus dari Jerman itu turut tidak teragak-agak mengkritik pendekatan oleh West Ham.

“Jelas sekali West Ham bermain dengan baik pada musim ini, tetapi pada hari ini ia seperti West Ham yang la,a — suka bertahan di garisan rendah, berharap kepada set pieces dan bergantung kepada serangan balas.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN