EPL: West Ham Tumbangkan Liverpool Di Perlawanan 1001 David Moyes

West Ham

Aksi yang menarik yang ditonjolkan oleh West Ham United dan Liverpool dalam aksi yang ditunjukkan di London Stadium.

Tempo tinggi yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan membolehkan perlawanan diadakan dengan baik dengan West Ham mendahului di awal permainan.

Serangan awal yang diperoleh tuan rumah menghasilkan sepakan penjuru untuk mereka. Pablo Fornals yang mengambil sepakan itu menyepak bola terus masuk ke dalam gawang.

Sepakannya menyerong ke kawasan enam ela yang dikawal Alisson Becker, dan ianya melepasi kesemua pemain West Ham dan juga Liverpool lalu masuk ke dalam gol.

Alisson meminta pengadil memberikan sepakan percuma kepadanya, namun selepas semakan dilakukan menerusi Video Assistant Referee (VAR), Angelo Ogbonna yang berada di depan penjaga gol itu tidak melakukan sebarang kekasaran.

Gol itu dikira sebagai sah, malah dianggap sebagai gol sendiri buat Alisson selepas bola terkuis sedikit kepada tangannya.

Dengan gol itu, Liverpool terus merencana serangan untuk mendapatkan gol penyamaan dan menuju ke waktu rehat mereka berhasil mendapatkan gol.

Sepakan percuma di depan kotak penalti West Ham memberikan peluang kepada Trent Alexander-Arnold untuk menjaringkan sepakan percuma yang cukup cantik menewaskan Lukasz Fabianski.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan terus berusaha untuk mendapatkan gol kedua mereka.

Liverpool jelas sekali pasukan yang menguasai perlawanan dengan kerap kali berada di kawasan penalti West Ham.

Namun begitu, mereka gagal untuk mendapatkan gol. Sebaliknya, West Ham berjaya melakukan serangan balas pantas beberapa kali ke arah gol The Reds.

Hasilnya, Fornals yang di separuh masa pertama dinafikan golnya berjaya mendapatkan jaringan apabila rembatannya menewaskan Alisson.

Dalam situasi satu lawan satu, rembatan Fornals berjaya ditepis Alisson namun ianya tidak cukup kuat untuk menghalang bola itu dari memasuki gawang.

Ancaman dari Michal Antonio, Jarrod Bowen dan Fornals jelas membahayakan pertahanan Liverpool di separuh masa kedua.

Tugas lebih sukar untuk Liverpool mendapatkan tiga mata muncul di penghujung 20 minit permainan apabila Kurt Zouma menjaringkan gol ketiga tuan rumah.

Berpunca dari sepakan penjuru, Zouma yang berada di tiang jauh (far post) berjaya menanduk masuk bola dengan mudah.

Kemasukan Divock Origi jelas memberikan sinar kepada Liverpool dan memasuki 10 minit terakhir, beliau berjaya mendapatkan gol.

Origi menimang bola itu sedikit di hadapan pertahanan West Ham sebelum melepaskan rembatan padu menewaskan Fabianski.

Secara keseluruhannya, West Ham mempamerkan kualiti permainan yang cukup baik. Kukuh, tersusun dan berdisiplin adalah ciri-ciri yang ditunjukkan oleh mereka.

Sementara bagi Liverpool, ketinggalan awal membuatkan mereka berada dalam tekanan dan mereka terpaksa mengejar tempo berbanding West Ham yang menentukan kelajuan rentak perlawanan.

David Moyes pastinya gembira untuk memperoleh tiga mata di perlawanan ke-1001 dalam karier pengurusannya.

Keputusan penuh, West Ham United 3-2 Liverpool.

Kesebelasan utama

West Ham United: Lukasz Fabianski (penjaga gol), Aaron Cresswell, Kurt Zouma, Angelo Ogbonna, Ben Johnson, Declan Rice (ketua pasukan), Tomas Soucek, Jarrod Bowen, Pablo Fornals, Said Benrahma, Michal Antonio

Liverpool: Alisson Becker (penjaga gol), Trent Alexander-Arnold, Joel Matip, Virgil van Dijk, Andrew Robertson, Jordan Henderson (ketua pasukan), Fabinho, Alex Oxlade-Chamberlain, Mohamed Salah, Diogo Jota, Sadio Mane

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN