Radja Nainggolan optimistik bahawa AS Roma akan mampu menewaskan Liverpool dan mara ke pusingan akhir UCL. Motivasi utama mereka adalah kemenangan ke atas Barcelona sebelum ini.
Menurut Nainggolan, mereka berhadapan dengan pasukan yang lebih baik dan ada nama seperti Messi dan Suarez sebelum ini. Itupun mereka masih mampu melakukannya.
Jika sebelum ini amat sukar untuk mana-mana pasukan di UCL untuk bangkit daripada ketinggalan 3 gol secara aggregate, tetapi sejak beberapa musim ini, ianya bukan mustahil.
Musim lalu, Barcelona melakukannya menentang PSG. AS Roma sendiri melakukan kebangkitan itu menentang Barcelona. Dan Juventus hampir mengejutkan Real Madrid sebelum ini.
“Kami pernah berjaya melakukannya menentang Barcelona, menentang Lionel Messi dan Luis Suarez. Mereka kelihatan sukar melakukan percubaan gol dalam perlawanan itu.”
“Kami akan cuba melakukan satu lagi kebangkitan bersejarah seperti mana yang kami lakukan ke atas Barcelona. Perlawanan itu menunjukkan, segalanya tiada yang mustahil.”
“Kami sedih di bilik persalinan di Liverpool. Tetapi pada hari berikutnya, ‘coach’ memberitahu kami yang kami harus yakin kepada diri sendiri untuk melakunannya.”
“Ianya tugas sukar buat kami. Pada perlawanan pertama sebelum ini, kami kehilangan ramai tonggak dan kalah 5-2. Mereka sangat pantas ketika menyerang dan memberikan kami kesengsaraan.”
“Memang sukar bermain berhadapan dengan mereka. Liverpool sangat agresif, mereka ‘press high’ dan sentiasa berlari seperti binatang.”
“Bahkan, pada minit ke-94 pun mereka masih boleh berlari dengan bertenaga. Saya tak rasa Liverpool bermain ‘fluid football’ tetapi mereka lebih kepada bermain bola ke dalam ruang dan kami melakukan banyak sangat kesilapan dan membiarkan mereka melakukan apa mereka suka.”