Barangkali, penjaga gol Terengganu FC ini adalah yang tertinggi dalam saingan Liga Malaysia musim 2022 selepas didedahkan yang penjaga gol untuk TFC IV, Faris Haikal berketinggian 200cm ataupun dua (2) meter.
Sebelum ini, Terengganu sudah memiliki dua penjaga gol dengan ketinggian lebih 190cm iaitu Rahadiazli Rahalim yang berketinggian 192cm dan Syed Nasrulhaq Syed Bidin (TFC II) yang berketinggian 195cm.
Namun, hanya Rahadiazli yang telah membuat kemunculan dalam skuad utama sementara Syed Nasrulhaq masih belum memecah masuk ke skuad utama daripada TFC II. Jika Syed Nasrulhaq dan Faris Haikal pada satu masa nanti diturunkan dalam saingan Liga Super, mereka akan diiktiraf penjaga gol tertinggi di Asean.
Salah seorang penjaga gol TFC IV musim baru 2022 ini. Rahadi GK Liga Super untuk @FCTerengganu pon rasa macam tinggi dah, 194cm. Haikal ni lagi tinggi, 200cm! 😱
Hari ini friendly TFC IV lawan skuad Piala Presiden N9. Goodluck! pic.twitter.com/BAxTa6GDYc
— Football Terengganu (@FootballTRG) January 6, 2022
Adakah Terengganu kilang melahirkan penjaga gol berkualiti? Mungkinkah ada kriteria tersebut untuk bersama Sang Penyu bagi posisi penjaga gol? Hanya yang terlibat dalam pengurusan pasukan yang tahu mengenainya.
Walaupun Faris Haikal tidak akan terlibat dalam saingan tertinggi dan kedua tertinggi di Liga Malaysia iaitu Liga Super dan Liga Premier, kelibatnya pasti akan cuba diintai beberapa pasukan terbaik selepas ini. Berusia 18 tahun dan beraksi bersama TFC IV, Faris Haikal dijangka akan terlibat dalam saingan Piala Belia musim depan.
Namun, Terengganu masih perlu menggarapnya agar menjadi penjaga gol terbaik buat mereka di masa depan. Sebagaimana mereka berjaya menggilap bakat Rahadiazli, mungkin perkara yang sama akan dilakukan mereka selepas ini. Dengan ketinggian yang dimilikinya, tidak mustahil Faris Haikal ada masa depan yang menarik.
Indian club #DelhiDynamos FC have just signed the world's tallest goalkeeper 6ft 10in Belgian Kristof van Hout. pic.twitter.com/kxtWqvRANy
— BetVictor (@BetVictor) August 19, 2014
Mengapa dikatakan Faris Haikal berpotensi menjadi penjaga gol tertinggi dari rantau Asean jika diturunkan dalam saingan Liga Super? Ini kerana, penjaga gol tertinggi dari Asean adalah Buu Ngoc Tran yang beraksi di V-League bersama Hoang Anh Gia Lai FC yang berketinggian 193cm – lebih 1cm daripada Rahadiazli Rahalim.
Sekitar 2019, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Safirul Abu Bakar pernah berkongsi tentang penjaga gol yang ideal selepas melihat jaringan penyamaan UAE ketika menewaskan Malaysia 2-1 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada September 2019.
Katanya, “Saya berani katakan sekiranya profail penjaga gol kita berada dalam lingkungan 1.83 m ataupun sekurang-kurangnya 6 kaki, header tersebut mudah untuk diselamatkan. Saya masih percaya Farizal [Marlias] ialah first choice kita. Hafizul [Hakim] mungkin punya ketinggian tetapi overall Farizal masih pilihan utama.”
Jom tengok benchmark Asia
🇯🇵
Kawashima 1.85
Schmidt 1.96
Gonda 1.87🇰🇷
Kim S Gyu 1.87
Jo H Woo 1.89
Gu S Yun 1.95🇮🇷
Beiranvand 1.94
Mazahari 1.92
Hosseini 1.92🇶🇦
Al Sheeb 1.85
Al Bakri 1.81
Barshem 1.83
Yazan 1.86— safirul (@SafirulAbuBakar) September 11, 2019
“My point is kita tiada pilihan,” ciapnya di akaun Twitternya tentang kriteria penjaga gol skuad kebangsaan.
Rahadiazli sudah diintai skuad kebangsaan sebelum ini, namun masih belum raih kaps apabila mengalami kecederaan sepanjang musim lalu. Mungkin, jika beliau berjaya melewati pilihan pertama ketika ini, Suhaimi Husin, peluang buatnya akan kembali terbuka untuk menjadi benteng akhir Terengganu dan Harimau Malaya.
Dan buat Faris Haikal, teruskan gilap kemampuan untuk menjadi penjaga gol ampuh buat Terengganu dan tidak mustahil buat skuad kebangsaan pada masa depan kerana dengan tinggi dua (2) meter, ia sudah menakjubkan!