Pengendali Kedah Darul Aman (Kedah), Nafuzi Zain pastinya menjadi individu paling sibuk ketika ini untuk mempersiapkan skuad kendaliannya sebelum menghadapi cabaran PDRM.
Kedah bakal menghadapi aksi Liga Super minggu ke-16 untuk membuat perhitungan seterusnya berdepan PDRM di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dalam misi untuk mendapatkan kembali tiga mata.
Sesi latihan petang tadi di pusat latihan Sime Darby FC, persiapan terakhir menjelang aksi Liga Super ke-16 malam esok!
PULUN KEDAH PULUN!
🏆 LS 16 | Liga Super 2023
🆚 PDRM FC
📆 9 Julai 2023, Ahad
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium MB Petaling Jaya pic.twitter.com/izFvsZYYtk— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 8, 2023
Apa tidaknya, Sang Kenari masih lagi segar dengan kekalahan lalu di tangan Terengganu selepas hasrat Kedah untuk membawa pulang tiga mata di Gong Badak tidak kesampaian apabila ditewaskan tuan rumah menerusi keputusan penuh 0-1.
Tanpa kelibat Nafuzi Zain pada minggu lalu akibat menjalani hukuman penggantungan, kali ini segalanya bakal tampil berbeza untuk aksi seterusnya berdepan PDRM.
Selain kehadiran Nafuzi, pasukan tersebut juga kini turut diperkuatkan kembali akan kehadiran dua tonggak utama mereka iaitu Manuel Ott serta Lee Andrew Tuck untuk memperkukuhkan jentera tengah serta serangan Kedah.
Bagi aksi seterusnya ini, Nafuzi menekankan kepada barisan pemain supaya mengamalkan sikap berhati-hati dengan ancaman lawan dengan menjadikan keputusan perlawanan lalu sebagai suatu bentuk pengajaran.
“Kita tahu aksi menentang PDRM FC di tempat lawan adalah aksi yang dijangka sengit dan tidak mudah berdasarkan prestasi mereka pada musim ini yang berada pada tahap terbaik dengan kemampuan melakar kejutan ke atas kami dan juga beberapa pasukan pilihan dalam Liga Super.
“Jadi bagi mengelak terperangkap untuk kali kedua, pemain perlu lebih fokus dan berdisiplin apabila turun beraksi dengan misi kali ini kita mahu tidak lagi keciciran mata,” katanya menerusi Harian Metro.
Pada masa sama, Nafuzi juga turut berharap supaya kehadiran Lee Tuck serta Manny Ott mampu untuk memberi impak positif buat pasukan terutama sekali di posisi serangan.
Selain itu, Nafuzi juga menyatakan beliau kini lega selepas melihat kehadiran dua pemain import Kedah iaitu Moses Atede serta Ifedayo Olusegun bersedia untuk diturunkan pada perlawanan malam ini.
🥊 HEAD TO HEAD KDA FC VS PDRM FC
🏆 LS 16 | Liga Super 2023
🆚 PDRM FC
📆 9 July 2023, Ahad
🕖 9.00 malam
🏟️ Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pic.twitter.com/4ackdXwMFQ— KEDAH DARUL AMAN FC (@kda_fc) July 8, 2023
Ifedayo dan Atede menjadi rekrut terbaharu Kedah ketika ini dengan kedua pemain tersebut sudah pun menjalani sesi latihan penuh bersama rakan sepasukan lain sejak beberapa hari lalu.
“Persediaan pasukan berada pada tahap yang baik namun kami perlu terus fokus daripada segi mental dan juga fizikal disamping mengelak melakukan kesilapan mudah.
“Kehadiran dua import baharu iaitu Ifedayo dan Moses bakal melengkap pasukan dan sekiranya mereka bersedia diturunkan pada aksi menentang PDRM FC, saya harap kita dapat memberi aksi lebih baik,” jelas beliau lagi.