Nafuzi Zain Pasang Impian Untuk Rebut Piala Cabaran MFL

Pengendali utama Kedah Darul Aman (Kedah), Nafuzi Zain menjadi antara paling bersemangat ketika ini untuj mrngharungi aksi suku akhir pertama Piala Cabaran MFL 2023 bertemu Kuching City.

Kedah yang sebelum itu tersingkir pada aksi 16 terbaik Piala Malaysia lalu di tangan Perak secara rasminya terus menyertai kejohanan Piala MFL dan ini merupakan satu-satunya peluang buat Nafuzi untuk mrnghadiahkan kejuaraan buat Sang Kenari.

Ketika ini, beliau terus memberi fokus sepenuhnya buat persiapan para pemain dalam sesi latihan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar pada hari perlawanan yang dianggap sangat penting itu.

Malah, Nafuzi juga memasang impian tersendiri untuk memastikan saingan Piala MFL kali ini menjadi milik mereka sambil menekankan kepada pemain untuk memberi fokus sepenuhnya bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini berlaku.

“Piala tetap piala…dan begitu juga matlamat kami sudah pasti adalah untuk merebut kemenangan piala itu dan tak kiralah sama ada piala apa sekalipun, kerana pastinya semua pasukan yang bersaing tetap mahu merebutnya.

“Bagi memastikan laluan mencapai kejuaraan, kita perlu kekalkan fokus dan mengelak sebarang kelalaian apabila bertemu Kuching City FC pada suku akhir pertama ini dengan sasaran menang melalui persiapan yang sedang kita lakukan sejak tempoh liga berehat.

“Yang pasti, kita mahu turun dengan kemampuan terbaik yang ada pada pada pasukan dan akhirnya aksi diatas padang itu sendiri akan menentukan hasilnya nanti,” katanya menerusi Harian Metro.

Pada masa sama, bekas pengendali Terengganu itu juga mengakui aksi seterusnya ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi Kedah, selepas Kuching City kini turut mendapat sentuhan bekas jurulatih Sang Kenari musim lalu iaitu Aidil Sharin Sahak.

“Saya anggap skuad Kuching City bukan pasukan yang akan memberi laluan mudah buat kami tambahan pula kami beraksi di tempat lawan pada aksi suku akhir pertama ini.

“Sudah pasti Aidil akan menganggap perlawanan ini sebagai satu yang istimewa buatnya kerana menentang bekas skuad kendaliannya dan oleh itu kami perlu lebih waspada agar tidak terperangkap dalam percaturan yang akan kami hadapi,” katanya lagi.

Musim ini Kedah menjadi antara pasukan yang kurang bernasib baik dalam dua kejohanan domestik disertai mereka selepas tersingkir awal dalam aksi Piala FA serta terbaharu, Piala Malaysia.

Pastinya kejuaraan Piala MFL ini menjadi sesuatu sangat penting buat Nafuzi untuk mengembalikan keceriaan besar dalam kalangan penyokong yang mendambakan kejayaan sulung daripada jurulatih muda tersebut.

Kedah akan berkunjung ke Kuching terlebih dahulu selaku status pelawat pada 19 September ini bagi menghadapi pasukan tuan rumah, dan sudah tentu mereka mahu memulakannya dengan langkah kanan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN