RASMI: Elavarasan Lepaskan Jawatan Pengendali Utama Skuad B-23

Pengendali berpengalaman skuad bawah 23 (B-23) iaitu E. Elavarasan secara rasminya sudah pun melepaskan jawatan beliau selepas membantu pasukan tersebut melayakkan diri ke saingan Piala Asia B-23 2024.

Perkara ini disahkan sendiri menerusi laporan dikeluarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan menyatakan Elavarasan bakal kembali bersama Kim Pan-gon di skuad senior negara.

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini ingin memaklumkan bahawa E. Elavarasan secara rasminya telah melepaskan jawatan beliau selaku ketua jurulatih B-23 kebangsaan untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan,” jelas kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Elavarasan telah pun mengemudi skuad B-23 negara pada awal September tahun lalu untuk mengisi kekosongan ditinggalkan bekas jurulatih, Brad Maloney ketika masih menjadi pembantu kepada Pan-gon.

Untuk melancarkan sistem kejurulatihan antara pasukan senior dan skuad pembangunan negara, FAM mengambil keputusan untuk melantik Elavarasan sebagai pengendali baharu skuad B-23 negara ketika itu.

Sepanjang bersama skuad B-23, pengendali tersebut telah pun memberi satu kejayaan iaitu kejuaraan Merlion Cup di Singapura pada Mac lalu selain membantu mereka melayakkan diri ke Piala Asia 2024 secara merit.

Namun begitu, pengendali ini turut tidak terlepas daripada kritikan penyokong selepas kegagalan beliau untuk merekodkan sesuatu lebih positif pada saingan Sukan SEA di Kemboja Mac lalu.

Malah, Elavarasan turut gagal memenuhi sasaran diletakkan FAM untuk membantu skuad B-23 mara ke pusingan akhir Piala AFF sebelum tampil tidak konsisten dalam aksi kelayakan Piala Asia 2024.

Perbincangan telah pun dibuat selepas Elavarasan bersama skuad kendaliannya pulang dari Chonburi bersama Presiden FAM iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin mengenai hala tuju jurulatih tersebut pada masa akan datang.

Adakah E. Elavarasan Perlu ‘Berguru’ Kembali Bersama Kim Pan-gon?

“Sejurus selesai tugasan di Chonburi itu, satu perjumpaan di antara Elavarasan dan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin telah diadakan di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi membincangkan hala tuju pasukan B-23 kebangsaan selepas aksi pusingan kelayakan Piala Asia B-23 2024.

“Dalam perbincangan dari hati ke hati itu, Datuk Haji Hamidin dan Elavarasan telah mencapai kata sepakat dan persetujuan agar beliau kembali fokus kepada tanggungjawabnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan bagi membantu Pan Gon dalam skuad senior, sekali gus memberi ruang kepada individu lain untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih B-23 kebangsaan ke Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan.

“Datuk Haji Hamidin turut mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih atas sumbangan Elavarasan kerana tetap berjaya membawa pasukan layak ke Piala Asia B-23 2024, biarpun tewas 1-0 kepada Thailand pada aksi terakhir kelayakan, 12 September lalu,” jelas kenyataan itu lagi.

Ketika ini, teka teki pastinya bermain dalam fikiran penyokong bola sepak negara tentang kekosongan ditinggalkan oleh Elavarassn dengan beberapa nama sebelum itu sudah pun dikaitkan sebagai pengendali baharu skuad B-23.

Sumber:
FAM

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN