Nafi Ke Kuala Lumpur, Fitri Omar Pilih Terengganu

Ketua jurulatih Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim mengesahkan bekas pertahanan kiri pasukan Kedah, Fitri Omar akan menyarung jersi Terengganu musim depan.

Ianya sekali gus menolak spekulasi mengenai pemain yang mempunyai ketinggian 1.76 meter itu menyertai pasukan juara Liga Perdana, Kuala Lumpur.

Menurut laporan daripada akhbar tempatan, Berita Harian, Fitri Omar sudahpun menandatangani kontrak dengan skuad penyu itu.

“Kelmarin Fitri sudah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama Terengganu musim depan dan persoalan mengenai pemain dari Utara tanah air ini yang sebelumnya akan menyertai skuad Penyu sudah terjawab,” kata Irfan kepada Berita Harian.

Dalam media sosial sebelum ini mengaitkan pemain berusia 32 tahun itu bakal mewakili skuad Kuala Lumpur musim depan, namun dengan pengesahan daripada Irfan menamatkan spekulasi pemain itu bakal berhijrah bersama skuad Warga Kota.

Irfan Bakti sudah mula mencongak strategi dengan membawa masuk beberapa pemain berpengalaman untuk bersaing merebut kejuaraan Liga Super musim depan.

Mengulas lanjut Irfan Bakti berkata, dengan kehadiran pemain itu, ia bakal memantapkan posisi berkenaan apatah lagi skuad yang terkenal dengan jolokan Peteh Terengganu Peteh itu akan beraksi dalam saingan Liga Super musim depan selepas semusim berada dalam pentas Liga Perdana.

“Pengalaman yang dimiliki bekas pemain kebangsaan itu ditagih Terengganu dan berharap pemain yang juga pernah beraksi bersama Kelantan, Pulau Pinang dan ATM itu mampu memberi impak yang besar kepada pasukan.

“Selain itu kita juga menuntut pemain itu memperagakan aksi yang baik sebagaimana ketika membantu skuad Kedah muncul juara Piala FA, Piala Sumbangsih dan naib juara Piala Malaysia,” katanya.

Sebelum bergelar pemain pertahanan,Fitri Omar pernah beraksi di posisi serangan dan pernah menyertai pasukan T-Team secara pinjaman dalam saingan Piala Malaysia.

Skuad Penyu turut mengikat penyerang kelahiran England, Lee Andrew Tuck untuk memperkuatkan jentera serangan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN