Anugerah AFC 2017: Omar Khribin Pilihan Tewaskan Omar Abdulrahman, Tiada Pencalonan Dari Malaysia

Anugerah tahunan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2017 ataupun Anugerah AFC 2017 akan dianjurkan di Bangkok Thailand pada 28 November ini.

Anugerah AFC 2017 kali ini menyaksikan tiada langsung pencalonan dari Malaysia sama ada untuk individu ataupun organisasi.

Pemain Terbaik Asia 2017 miliki siapa?

Calon untuk pemain terbaik Asia bagi tahun 2017 sudah pun dikeluarkan. Berikut adalah senarai mereka.

1. Omar Abdulrahman (UAE)

DUBAI, UNITED ARAB EMIRATES – MAY 23: Omar Abdulrahman of Al Ain in action during the Presidents Cup Quarter Final match between Al Ain and Al Nasr at Al Maktoum Stadium on May 23, 2015 in Dubai, United Arab Emirates. (Photo by Francois Nel/Getty Images)

Penyerang yang beraksi untuk Al-Ain ini bukannya asing bagi peminat bola sepak di Malaysia. Malah mungkin ada yang pernah terkena trauma kerana nama ini.

Baiklah, kita kembali kepada topik. Omar Abdulrahman adalah penyandang anugerah ini. Namun kali ini Omar Abdulrahman mungkin agak sukar memenanginya kerana berhadapan dengan beberapa siri kecederaan musim ini.

Pencapaian terbaik beliau musim ini lebih kepada membantu UAE dalam kempen kelayakan Piala Dunia. UAE mara ke pusingan ke-3 kelayakan Piala Dunia.

Namun begitu, Omar Abdulrahman tetap menjadi pemain penting membantuk Al-Ain mara ke suku akhir ACL 2017.

2. Wu Lei (China)

Wu Lei sekali lagi tercalon tahun ini selepas gagal untuk menggondol anugerah ini pada musim lalu. Wu Lei bermain untuk Shanghai SIPG di posisi penyerang sayap.

Beliau membantu Shanghai SIPG menamatkan saingan CSL di tangga kedua musim ini di belakang Guangzhou Evergrande. Wu Lei turut menjadi pemain penting membantu Shanghai SIPG mara ke separuh akhir ACL 2017.

3. Omar Khribin (Syria)

Pemain ini menjadi pemain penting dalam kempen kelayakan Piala Dunia Syria musim ini. Syria hampir berjaya mara ke play-off antara benua dalam usaha mereka mara ke Piala Dunia buat pertama kali.

Beliau adalah penjaring gol di dalam perlawanan menentang Australia dalam pusingan pertama. Namun sayang sekali Syria gagl untuk mara.

Selain daripada cemerlang dengan Syria, Omar Khribin juga cemerlang dengan Al-Hillal. Membantu kelab itu mara ke final ACL 2017.

Beliau dianggap calon pilihan untuk anugerah kali ini.

Senarai anugerah lain

Berikut adalah senarai penuh yang lain

Pemain Wanita Terbaik 2017

Samantha Kerr

– Samantha Kerr (AUS)
– Sung Hyang Sim (PRK)
– Kumagai Saki (JPN)

Anugerah Khas Pengadil 2017

– Bakhtiyor Namazov (UZB)

Pemain Muda Terbaik

1. Wanita

– Kim Kyong-yong (PRK)
– Sung Hyang-sim (PRK)
– Hinata Miyazawa (JPN)

2. Lelaki

– Taha Shariati (IRN)
– Lee Seung-woo (KOR)
– Paik Seung-ho (KOR)

Anugerah Pemain Terbaik Asia Peringkat Antarabangsa 2017

Aaron Mooy (AUS)
Shinji Kagawa (JPN)
Son Heung-min (KOR)

AFC Dream Asia Award 2017

– Chinese Football Association
– Japan Football Association
– Football Association of Singapore

Anugerah Ahli Gabungan AFC 2017

1. Inspirasi

– Football Federation Islamic Republic of Iran
– Japan Football Association
– Korea Football Association

2. Pembangunan

– Lebanese Football Association
– Tajikistan Football Federation
– Vietnam Football Federation

3. Aspirasi

– Afghanistan Football Federation
– Guam Football Association

Anugerah Presiden AFC Untuk Akar Umbi 2017

1. Inspirasi

– Football Federation Australia
– Chinese Football Association
– Football Federation Islamic Republic of Iran

2. Pembangunan

– Hong Kong Football Association
– Football Association of Singapore
– Vietnam Football Federation

3. Aspirasi

1. Bhutan Football Federation
2. Macau Football Association
3. Palestine Football Association

Jurulatih terbaik 2017

1. Wanita

– Gao Hong (CHN)
– Asako Takakura (JPN)
– Letecia Bautista (PHI)

2. Lelaki

– Ange Postecoglou (AUS)
– Ishii Masatada (JPN)
– Takafumi Hori (JPN)

Pemain Futsal Terbaik 2017

– Aliasghar Hasanzadeh (IRN)
– Touhid Lotfi (IRN)
– Jirawat Sornwichian (THA)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN