Nabil Mahu TFC Layak Ke Suku Akhir, Idam Ledak Gol Berdepan Kedah

Nabil Ahmad Latpi Terengganu FC

Pemain kelahiran Pendang, Kedah, Nabil Ahmad Latpi yang kini bermain bersama Terengganu FC dilaporkan oleh portal Berita Harian yang fokusnya ketika ini adalah untuk memberikan yang terbaik untuk pasukannya apabila bertembung Kedah pada Jumaat.

Nabil bertekad mahu membuktikan dirinya bernilai dan mahu meledak gol dalam pertembungan penting antara kedua-dua pasukan pada perlawanan kelima, Kumpulan A, Piala Malaysia 2019 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Dipancing oleh Sang Penyu ketika jendela perpindahan kedua pada Mei lalu daripada Ultimate FC, pemain berusia 27 tahun itu sudah membuat 13 penampilan dan berhasil meledak dua gol.

“Jika diberi peluang, saya tidak akan mempersiakan kepercayaan itu dengan aksi terbaik selain mengintai peluang untuk menjaringkan gol,” ujarnya yang berjaya memikat pengendali sebelum ini, Irfan Bakti, untuk mendapatkan khidmatnya.

“Sasaran saya sudah pasti mahu membantu pasukan mencatat kemenangan bagi memastikan kami layak ke suku akhir lebih awal walaupun mendapat tentangan sengit daripada tiga pasukan lagi termasuk Negeri Sembilan dan PKNS FC,” tambahnya lagi.

Sekiranya berjaya mengutip tiga mata dengan menewaskan Kedah pada Jumaat, skuad yang kini dikendalikan sementara oleh Nafuzi Zain itu bakal menjadi pasukan kedua yang berjaya untuk melangkah ke peringkat suku akhir selepas Pahang.

Pada musim 2019, Terengganu dan Kedah telah bertembung tiga kali, dua dalam saingan Liga Super yang menyaksikan Kedah memenangi pertembungan di Darul Aman dengan keputusan 3-0  sebelum diikat dengan keputusan seri 2-2 di Kuala Terengganu.

Sementara dalam pertembungan pertama kedua-dua pasukan di Piala Malaysia, Terengganu tampil mengejutkan juara lima edisi itu dengan keputusan 2-0 hasil dua gol penyerang, Tchetche Kipre.

Dikejutkan dengan kekalahan tipis 2-3 kepada Negeri Sembilan sebelum saingan berehat untuk perlawanan antarabangsa, pastinya sesuatu telah dirancang untuk memastikan ianya tidak berulang.

“Tunggu pada Jumaat ini sambil mengharapkan kami dapat melaksanakan strategi yang dirancang jurulatih dengan sebaik mungkin untuk melakar kemenangan,” jelas Nabil mengenai perancangan pasukan menjelang pertemuan kedua itu.

Ketika ini, selepas empat aksi, Terengganu FC menerajui saingan kumpulan A dengan sembilan mata, diikuti Kedah dengan tujuh mata, PKNS FC (4 mata) dan Negeri Sembilan (3 mata).

Kredit Featured Image: Terengganu FC

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN