Quantcast

BERITA

Nabil Fekir Mahu Perpindahan Ke Liverpool Dilakukan Semula Selepas Piala Dunia

Adakah Nabil Fekir akan sertai Liverpool juga?

Perpindahan pemain tersebut dari Olympique Lyonnais ke Liverpool hancur di saat akhir selepas kegagalan Liverpool mendapatkan harga yang lebih rendah daripada kelab Perancis itu.

Namun, jelas pemain itu benar-benar mahukan perpindahan ke Liverpool.

Menurut sumber di England, Fekir dikatakan serius mahukan perpindahan ke England dan beliau inginkan perbincangan semula diadakan selepas Piala Dunia berakhir.

LISBON, PORTUGAL – JULY 23: Lyon’s midfielder Nabil Fekir during the Friendly match between Sporting CP and Lyon at Estadio Jose Alvalade on July 23, 2016 in Lisbon, Portugal. (Photo by Carlos Rodrigues/Getty Images)

Fekir dikatakan telah bertemu dengan Presiden Olympique Lyonnais iaitu Jean Michel Aulas sewaktu Piala Dunia untuk meminta perbincangan untuk ke Anfield dibuka semula.

Aulas turut dikatakan telah duduk semeja dengan Fekir serta ejen beliau untuk membincangkan perpindahan beliau ini.

Setakat ini, Liverpool hanya senyap tanpa sebarang kata. Mereka tidak memberikan sebarang syarat untuk kembali mendapatkan Fekir semula untuk kali kedua.

Mereka dijangka tidak akan duduk berbincang andai kelab Perancis itu memilih untuk hanya menawarkan kepada Liverpool tawaran yang asal.

Sebaliknya, tawaran yang berbeza kali ini dijangka boleh menarik perhatian Liverpool.

LYON, FRANCE – JULY 18: Nabil Fekir (L) of Olympique Lyonnais is challenged by Andrea Bertolacci of AC Milan during the preseason friendly match between Olympique Lyonnais and AC MIlan at Gerland Stadium on July 18, 2015 in Lyon, France. (Photo by Valerio Pennicino/Getty Images)

Perpindahan Fekir ke Liverpool musnah selepas pasukan perubatan Liverpool mendapati pemain tersebut mempunyai masalah dengan lutut beliau pada saat akhir.

Masalah itu telah menyebabkan Liverpool memilih untuk menurunkan yuran perpindahan namun ianya ditolak Olympique Lyonnais.

Kekecewaan jelas di mata Fekir kerana pemain tersebut sudah pun melakukan sesi bergambar bersama Liverpool, temu ramah bersama LFC TV dan juga telah memilih nombor jersi beliau!

Namun andai beliau muncul juara Piala Dunia bersama Perancis pada Ahad ini, sedikit sebanyak ianya dapat mengubat luka itu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!