Quantcast

BERITA

ACL 2019: Pahang Tunggu Surat Tawaran Rasmi Daripada FAM

Peluang Pahang untuk ber­aksi dalam Liga Juara-Juara Asia atau ACL tahun depan masih belum tertutup namun mereka perlu segera mengemukakan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Namun begitu, Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) menunggu surat tawaran rasmi FAM supaya pasukan itu boleh membuat keputusan untuk menyertai pusingan kedua kelayakan Liga Juara Juara Asia (ACL) musim hadapan.

Menurut setiausaha agung PBNP, Norlia Abdul Manaf berkata, keputusan menyertai kejohanan kelab elit asia itu hanya akan dibuat setelah menerima surat rasmi daripada badan induk bolasepak negara itu.

“Buat masa ini, PBNP belum terima surat tawaran daripada FAM. Apa-apa pun, kami perlu mendapatkan tawaran secara sah terlebih dahulu,” katanya.

Pahang muncul juara Piala FA 2018 setelah menewaskan Selangor, 2-0.

Baru-baru ini, pemangku Presiden FAM, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan Pahang boleh mengemukakan rayuan dengan badan induk itu sedia mengkaji semula hukuman yang dikenakan ke atas persatuan itu sebelum ini.

“Lepas atau tidak itu saya tidak tahu cuma saya nak beritahu ruang untuk Pahang masih ada.

“Mereka boleh mengemukakan pemohonan rayuan pada bila-bila masa tetapi lagi cepat lagi bagus,” katanya kepada Utusan Malaysia

FOTO: FMLLP

Sementara itu bekas pemain Pahang, Datuk Jamal Nasir Ismail mahu PBNP mengemukakan rayuan dengan segera supaya Pahang boleh beraksi di saingan tertinggi asia tersebut.

“Secara peribadi, saya rasa wajar PBNP mengemukakan rayuan. Peluang sebegini tidak mudah untuk diperoleh namun keputusan untuk membuat rayuan terletak di tangan PBNP.

“Saya melihat pusingan kelayakan ACL ini dapat dijadikan pendedahan kepada pemain sekali gus memberikan pengalaman baharu dalam membantu mereka menjadi pemain yang lebih baik.

“Bagaimanapun, Pahang perlu bersedia membentuk pasukan yang lebih mantap kerana walaupun menjuarai Piala FA, masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum mengharungi kelayakan itu,” katanya kepada Berita Harian.

Pahang beroleh slot ke pusingan kedua kelayakan ACL musim 2019 selepas merangkul Piala FA dengan menundukkan Selangor 2-0 pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!