Myanmar Dan Hong Kong Jadi Mangsa Belasahan Skuad Malaysia B-15

Skuad bawah 15 tahun negara kendalian P. Maniam menepati status sebagai juara bertahan apabila mendominasi Kejohanan Jemputan B-15 Jockey Club International Youth di Hong Kong yang bermula sejak 19 April lalu.

Kejohanan tersebut turut disertai oleh pasukan bawah 15 tahun Singapura dan Myanmar selain pasukan tuan rumah, Hong Kong. Format kejohanan dijalankan secara ’round-robin’

Malaysia yang mempertaruhkan pemain daripada Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu mudah membelasah Myanmar, 6-1 pada perlawanan kedua pada hari Sabtu lepas. Perlawanan pertama yang berlangsung pada hari Jumaat terpaksa dihentikan pada minit ke-36 kerana hujan lebat berterusan meskipun telah mendahului Singapura 1-0.

FOTO: Myanmar FA

Pihak penganjur bagaimanapun memutuskan tiada kedudukan pemenang selepas aksi pertama kerana perlawanan tidak dapat disambung semula kerana keadaan cuaca tidak mengizinkan.

Pada perlawanan terakhir sebentar tadi, Malaysia meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Hong Kong 4-0 menerusi dua gol oleh Aliff Izwan Yuslan dan Khairil Zain. .

Mereka dijadualkan pulang ke tanah air pada hari esok. Pada edisi tahun lalu, skuad B-15 kebangsaan muncul juara selepas berjaya menumpaskan Hong Kong 5-1 dan Myanmar 7-1 serta mencatat keputusan seri 1-1 dengan Singapura.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN