Neville: “Aksi ‘Busuk’ Dan Melenggang Pemain Man. United Buat Hati Saya ‘Panas'”

Legenda Manchester United – Gary Neville menganggap aksi teruk pasukan Red Devils membuatkan beliau marah dan kecewa. Neville melabel aksi Man. United sebagai busuk dan memalukan – sehingga dibelasah Everton 4-0 di Goodison Park.

Bercakap kepada Sky Sports, Neville berkata: “Jujurnya saya sangat berang. Hakikatnya, Solskjaer harus meminta maaf kepada penyokong di atas keaiban seperti ini.”

“Saya selalu berkata, jika ada lumut di kebun kita, maka kita harus singkirkannya. Tetapi di Jepun ada satu lumut itu boleh merosakkan rumah – ianya merosakkan asas rumah dan kita harus berhadapan dengannya – sebaiknya.”

Neville: Ole bukan Mourinho

“Dengan Jose Mourinho, penyokong ‘stuck’ dengan beliau, dan akhirnya mahukan beliau berambus. Namun penyokong tak mahu Ole keluar dari kelab ini. Mereka tidak akan menentang Ole Gunnar Solskjaer,” tambah beliau lagi.

“Saya ada menonton aksi City semalam, pasukan yang akan ditentang United selepas ini. City dalam usaha untuk memintas Liverpool. Bernardo Silva, Raheem Sterling, Kevin De Bruyne, David Silva – pemain yang jauh lebih baik daripada pemain-pemain Man. United. Dan mereka bekerja keras 2 kali ganda berbanding para pemain Man. United.”

“Everton berlari 4 kilometer lebih daripada United pada separuh masa pertama. Everton? Kamu pula bagai nak mati untuk bergerak dalam setiap inci di atas padang.”

“Ini sangat memalukan untuk menonton beberapa pemain yang beraksi hari ini. Saya bengang. Aksi ini busuk [rancid].”

Bakat sahaja tak guna kalau tidak komited

Neville juga membidas pendapat bahawa pasukan United ada pemain berbakat dan mereka menjadi aset penting pasukan. Neville berkata: “Persetankan soal bakat semata-mata. Jika kamu tidak bekerja keras dan culas nak berlari, sila berambus daripada pasukan ini.”

“Saya menyaksikan para pemain Liverpool dan City bekerja keras setiap minggu demi pasukan mereka. Dan sebaliknya, ketika menonton Manchester United – para pemain mereka cuma berjalan-jalan, berlenggang dan berjonging untuk turun bertahan.”

“Saya tak kisah jika kamu kalah ataupun bolos, namun jangan sesekali menunjukkan persembahan di bawah standard etika yang diperlukan dalam kelab ini. Mereka berada jauh di paras itu.”

Neville yakin Solskjaer akan memerhatikan beberapa pemain yang tidak bersungguh-sungguh, dan tak terkejut jika para pemain itu akan disisihkan.

“Saya rasa, semakin banyak Solskjaer melihat aksi pemain-pemain tersebut, semakin beliau hilang kepercayaan. Ini kerana pemain-pemain ini mengecewakan beliau dan kelab.”

“Beberapa tahun lalu, saya pernah menyuarakan idea bahawa United akan kembali menjuarai liga. Namun selepas 7 tahun kemarau kejuaraan, di mana kamu akan nampak pasukan ini mampu menjuarai liga pada musim hadapan?”

https://twitter.com/utdxtra/status/1119975495574093829

“Solskajaer menggariskan isu membina semula pasukan. Itu fakta. Tetapi siapa yang akan membantu membina semula pasukan ini untuk Solskjaer? Untuk penyokong Manchester United?

“Buat masa ini, jelas terbukti, ada sesuatu yang tidak kena pada fundamental kelab ini.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN