MY City League: KL Galaxy & Pirates FC ‘Makan Besar’ Di Hari Pertama

Satu lagi liga komuniti baharu telah memulakan perjalanan mereka dan ianya cukup menarik untuk diikuti oleh anda yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

MY City League telah memulakan sepak mula untuk perlawanan pertama melibatkan 10 pasukan yang bertanding dalam liga ini.

10 pasukan adalah seperti berikut:

Menang besar

Minggu pertama bg MY City League jelas merupakan tuah bagi dua pasukan iaitu KL Galaxy dan juga Pirates FC.

Kedua-dua pasukan mencatatkan kemenangan besar ke atas lawan masing-masing dalam perlawanan yang dilangsungkan di Rhino Arena, Kelab Sultan Sulaiman.

KL Galaxy mencatatkan kemenangan 7-0 ke atas KTKSI dengan menyaksikan 5 gol terhasil di separuh masa pertama!

Pesta gol dimulakan seawal minit ke-9 hasil jaringan Mannix selepas penjaga gol lawan melakukan kesilapan ketika sepakan gol diambil.

Jamie kemudiannya menjaringkan gol seminit kemudian selepas berjaya mematahkan serangan KTKSI sejurus selepas sepak mula.

Mannix kemudiannya memperoleh gol kedua peribadi beliau pada minit ke-18 sebelum melengkapkan hatriknya pada minit ke-32.

Jamie memastikan 45 minit pertama buat KTKSI cukup terseksa apabila menjaringkan gol kelima perlawanan di minit ke-34.

2 gol lagi terhasil pada separuh masa kedua Selvino pada minit ke-64 dan Mannix yang mendapatkan gol keempatnya pada minit ke-69.

Selain KL Galaxy, Pirates FC turut ‘makan besar’ apabila menumbangkan Damansara Bulls dengan jaringan 5-2.

Damansara Bulls bermula baik apabila berjaya mendahului menerusi Hazim pada minit ke-5 menerusi penyudah dari luar kotak penalti.

Pirates FC kemudiannya menyamakan kedudukan menerusi Mulero pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti.

3 lagi gol terhasil pada babak akhir separuh masa pertama menerusi jaringan Fahad Shah, Zulkifli dan juga Mulero pada minit ke-38, 42 dan juga 44 untuk menjadikan kedudukan 4-1 pada waktu rehat.

Aksi antara Damansara Bulls (jersi merah) menentang Pirates FC (jersi hitam). Gambar: Syamil Rosli/Aremil Works

Jelas sekali cukup menyeksakan buat Damansara Bulls apabila mereka memboloskan 3 gol dalam masa 6 minit sahaja sebelum separuh masa pertama tamat.

Mereka cuba bangkit di separuh masa kedua apabila Muhammed Jawo menjaringkan gol pada minit ke-64 untuk mengurangkan defisit jaringan.

Namun usaha kebangkitan itu dimatikan oleh Amirul Arif yang menyumbat gol pada minit ke-67 untuk mengesahkan 3 mata buat Pirates FC.

Berikut merupakan keputusan bagi 3 perlawanan lain di hari pertama perlawanan:

  • Thai Selangor 1-1 FC Okami (Banma 17’/Syazmi 7′)
  • Dekays Ox 1-2 Expected Toulouse (Hadrie 70’/Rinmon 58′, Wong Kah Heng 61′)
  • Rebel 1-2 Boss (Austine 2’/Faiz 17′, Ridhwan 35′)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN