Dalian Yifang Gantung & Denda Carrasco Yang Tak Profesional, Mendesak Mahu Pulang Ke Eropah

Yannick Carrasco telah dikenakan denda serta gantung daripada aktiviti bola sepak oleh Dalian Yifang.

Dalian Yifang memberikan Yannick Carrasco 3 hari untuk menjelaskan denda tersebut. Selain daripada Carrasco, rakan beliau Yu Ziqian juga dikenakan tindakan berat.

Kenapa?

Dalian Yifang menengakan tindakan, gara-gara tindakan pemain itu yang dikatakan tidak tidak profesional sama ada di padang dan di luar padang.

Pengerusi kelab Choi Kang-Hee mengesahkan perkara ini dan menganggap sikap tidak profesional Yannick Carrasco sebagai tidak boleh diterima.

Carrasco seolah-olah mengugut kelab untuk menunaikan janji yang tidak pernah dijanjikan oleh kelab kepada beliau.

Carrasco sebelum ini dengan terbuka menyatakan beliau mahu kembali ke Eropah. Ini kerana Carrasco berpendapat, kelab sudah berjanji untuk melepaskan beliau dalam perpindahan kali ini.

Arsenal antara pasukan yang dikaitkan dengan Yannick Carrasco. Dan pemain itu dikatakan mahu merealisasikan perpindahan kembali ke Eropah itu.

Carrasco mendesak perpindahan

Namun Kang Hee menegaskan mereka tidak berjanji untuk melepaskan Carrasco ke Eropah pada jendela perpindahan kali ini.

Namun mereka hanya berjanji jika Carrasco membantu mereka mencapai beberapa kejayaan dalam musim ini, mereka hanya boleh melepaskan Carrasco pada jendela perpindahan musim sejuk di Eropah.

Kang Hee berkata: “Tiada seorang pun daripada kami di pengurusan Dalian Yifang berjanji dengan Carrasco bahawa beliau boleh kembali ke Eropah dalam perpindahan musim panas.”

“Kami cuma berkata, jika beliau membantu pasukan kami, maka kami akan cuba membantu beliau kembali ke Eropah pada musim dingin [perpindahan akhir tahun].”

Bukan pertama kali bersikap tidak profesional

Sikap Carrasco yang mendesak itu membuatkan kelab mengambil tindakan tatatertib. Ini bukanlah pertama kali Carrasco bersikap tidak profesional.

“Ini bukan pertama kali beliau bersikap tidak profesional. Pernah terjadi dalam perlawanan menentang Shanghai Shenhua pada 26 Mei 2019, kami mengingatkan beliau agar tidak mengutip kad,” jelas Kang Hee lagi.

“Namun beliau masih melengahkan ‘restart’ perlawanan yang membuatkan beliau menerima kad kuning, itu menyebabkan beliau digantung perlawanan seterusnya.”

Kemudiannya, Carrasco telah menggunakan masa penggantungan itu untuk pulang ke Eropah bagi bercuti. Dalian mengesyaki seakan-akan Carrasco sengaja minta dirinya digantung.

“Selepas insiden penggantungan itu, beliau terus mahu balik [bercuti] ke Eropah lebih awal. Kami [awalnya] tidak mahu melepaskan beliau. Namun selepas mengambil kira beliau adalah pemain kami, [atas dasar budi bicara] kami memberikan kelonggaran – dan kami sebulat suara memberikan beliau pelepasan khas.”

“Beliau [ketika itu] berjanji akan kembali [pada masa yang dijanjikan] untuk bermain dalam 3 perlawanan seterusnya. Namun begitu, selepas minggu rehat perlawanan antarabangsa, beliau lewat datang ke sini dan tidak munculkan diri.”

Carrasco dilaporkan memberikan alasan beliau tertinggal kapal terbang.

Dalian berharap Yannick melakukan permohonan maaf di atas tindakannya itu. Namun itu tidak berlaku. Itu yang membuatkan kelab terpaksa mengambil tindakan.

Kang Hee kemudian mejelaskan: “Beliau [Carrasco] mulai bersikap sangat negatif di kem latihan. Selepas kepulangan Carrasco, kami cuba memujuk beliau kembali [bermain].”

“Namun beliau berterusan berkali-kali meminta agar kelab membuat kenyataan bertulis tentang komitmen [janji] bahawa kami akan membenarkan beliau kembali ke Eropah pada musim dingin/musim sejuk.”

“Perkara itu sangat tidak profesional – pada pandangan saya.”

Respon Carrasco

Selepas mendengar kenyataan daripada Dalian Yifang – Yannick Carrasco terus menafikan tuduhan bahawa beliau tidak komited dan tidak profesional – seperti yang didakwa oleh kelab.

Beliau memuat naik tweet dengan berkata:

“Sikap tidak faham dengan sikap beberapa pemimpin kelab dan rakan sepasukan ke atas saya – dan saya memberikan komitmen serta prestasi dengan pasukan setakat ini. Pasukan perlukan saya dan saya akan membantu mereka. Masalah ini harus diselesaikan.”

Tidak lama selepas tweet itu, Dalian Yifang membidas dan menafikan tuduhan Carrasco. Kelab tersebut telah mengutuk sikap pemain tersebut.

Dalian Yifang dalam kenyataan rasmi mereka berkata: “Kelab kami sentiasa diterapkan dengan rasa kepentingan untuk membina pasukan. Dan tiada seorang pun individu melebihi kolektif [pasukan].”

“Kelab ini melayan setiap orang dengan sama rata. Sesiapa yang melanggar peraturan pasukan serta garisan merah yang ditetapkan oleh kelab, mereka akan dikenakan tindakan serius dan tidak ada kompromi.”

Sebagai rekod, pada 2018, Yannick Carrasco meminta agar Atletico menjual beliau ke kelab China, Dalian Yifang. Dalian Yifang membayar €30 juta – 25% milik AS Monaco.

Yannick Carrasco ketika itu menolak tawaran lanjutan kontrak daripada Atletico serta tawaran daripada kelab elit lain di Eropah untuk ke China. Ini kerana Dalian Yifang menawarkan beliau £300,000 seminggu ataupun RM1.68 juta seminggu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN