Ronald De Boer: Mustahil Frank Berjaya Di Inter, Mereka Nak Falsafah Baru Tapi Tak Sabar

Ronald De Boer menyatakan mustahil untuk adik beliau berjaya di Inter Milan. Frank De Boer dipecat oleh Inter Milan hanya selepas 85 hari menyandang jawatan tersebut.

Frank dipecat ketika Inter Milan tewas kali ke-7 dalam 14 perlawanan. Ronald De Boer berkata:

“Mereka mendapatkan khidmat Frank kerana mahukan bola sepak yang menarik. Tetapi mereka tidak mahu bersama-sama ketika turun susah dan senang.”

“Jika anda mahu bermain dengan corak yang berbeza, ia memerlukan waktu. Lihat sahaja Guardiola di City. Beliau begitu sukses sebelum ini. Namun tetap berhadapan kesukaran di City.”

“Dia tidak terus memberikan hasil terbaik walaupun dia memiliki pemain yang lebih baik daripada yang dimiliki di Inter.”

“Inter Milan sebuah pasukan yang bagus. Namun, untuk mereka menerima filosofi baru, mereka harus sedar ia memerlukan waktu.”

“Mereka mulai hilang sabar ketika gagal mendapatkan keputusan yang bagus ketika proses transisi.”

“Semua dah mulai bising, ibarat sebuah kapal yang ramai nakhoda.”

“Terlalu banyak pengaruh daripada luar.”

“Ia memerlukan waktu untuk menerapkan sistem dan idea baru. Namun Frank telah banyak belajar daripada perkara ini.”

“Contohnya, Sir Alex Ferguson, dia berhadapan kesukaran pada 4 musim pertama. Jika anda percaya kepada seseorang, anda harus berikan dia masa.”

“Saya juga agak bersedih dengan hal yang terjadi kepada adik saya.”

Frank De Boer antara pengurus yang sedang diintai oleh Leicester City buat masa ini untuk mengisi kerusi panas di Kingpower Stadium.

Baca juga: Protes Peminat Chile Mahu Sanchez Keluar Arsenal Hambar, Hanya 5 Orang Datang

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN