Pemain pertahanan Arsenal Shkodran Mustafi tidak mahu memikirkan persoalan mengenai masa depannya bersama Arsenal dan beliau enggan melayan khabar angin tentang perpindahan keluar daripada kelab itu.
Kontrak pemain antarabangsa Jerman itu bersama The Gunners hanya tinggal kira-kira setahun sahaja lagi sehingga pertengahan Jun tahun depan. Namun beliau kini semakin kerap diturunkan sejak Mikel Arteta mengambil alih jawatan pengurus daripada Unai Emery.
Dengan keadaan yang tidak menentu ketika ini dengan pandemik coronavirus (COVID-19) dilihat semakin serius, fokus Mustafi pada waktu ini hanyalah untuk kembali beraksi semula di atas padang sebelum menjawab persoalan mengenai masa depannya.
Unai Emery Tidak Faham Kenapa Ramai Kritik Mustafi – https://t.co/whjG8tyBj2 pic.twitter.com/Q7xzPZXGA0
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) April 22, 2019
“Kita kini dalam situasi di mana semua orang bimbang mengenai keadaan yang berlaku dan soalan mengenai masa depan saya tidak perlu ditanya pun,” kata pemain berusia 27 tahun itu kepada Sky Germany.
“Yang penting saya mahu kembali bermain bola sepak, itulah apa yang kami semua sebagai pemain rasakan, kami mahu segara kembali beraksi di atas padang. Terlalu banyak persoalan yang bermain pada waktu ini.
“Euro 2020 pun telah ditangguhkan. Jadi terdapat perdebatan sama ada kami dapat menamatkan saingan musim ini ataupun tidak.
Emery Sahkan Mustafi Dan Elneny Boleh Pergi Tinggalkan Arsenal – https://t.co/lEdsnn6fcn pic.twitter.com/ivkLG0u3qI
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) August 23, 2019
“Jadi apa perlunya soalan mengenai masa depan saya bersama kelab? Sekarang ini tiada siapa yang tahu apa yang akan berlaku selepas ini dan bila kita boleh bermain semula.
“Jadi selepas kita berjaya atasi tempoh sukar ini dan kembali beraksi, mungkin baru saya boleh jawab soalan-soalan mengenai hal peribadi saya. Sekarang ini jangan fikir tentangnya lagi. Kelab juga ada perkara yang lebih penting untuk diuruskan berbanding masa depan saya.”
Mustafi sebelum ini beberapa kali memuji aura yang dimiliki oleh Arteta dan percaya karisma pengurus tersebut akan membawa perubahan positif kepada pasukan. Malah beliau juga telah mula beraksi lebih kerap dengan digandingkan bersama David Luiz di barisan pertahanan.
Unai Emery Salahkan Penyokong Arsenal Sebagai Punca Pemecatannya https://t.co/b78Vr2ZOHJ pic.twitter.com/tnRrwf3Eaq
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) February 1, 2020
“Tahap keyakinan saya semakin baik sewaktu beraksi di bawah kendaliannya,” katanya mengenai Arteta yang sudah pulih daripada COVID-19.
Mustafi ketika Arsenal di bawah bimbingan Emery kerap mendapat kritikan kerana sering melakukan kesilapan sehingga menyebabkan pasukannya tewas. Tetapi beliau kini percaya sudah kembali ke prestasi terbaiknya.
Adakah Arsenal akan menyambung kontrak pemain ini?