Mikel Arteta Kongsikan Pengalaman

Arteta

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta yang telah mengesahkan dirinya sudah pulih sepenuhnya daripada COVID-19 berkongsikan pengalamannya ketika berhadapan dengan wabak paling ditakuti seluruh dunia itu.

Arteta menjadi pengurus pertama dalam Liga Perdana Inggeris disahkan positif pada 12 Mac lalu sehingga mengakibatkan aksi Arsenal bertemu Brighton and Hove Albion yang dijadualkan berlangsung dua hari kemudian terpaksa ditangguhkan.

”Saya merasakan sudah sihat sepenuhnya pada ketika ini.”

”Memang benar saya mula merasakan beberapa gejala ketika kami mendapat panggilan telefon daripada kelab (Arsenal) untuk memberitahu bahawa kami mungkin terdedah dengan virus kerana pemilik Olympiacos.”

”Pada ketika itu, saya tidak tahu, saya seperti merasakan ia (virus) terdapat pada saya.”

”Kami mempunyai perlawanan pada hari berikutnya menentang Manchester City, jadi saya membuat keputusan dan untuk terus menghubungi doktor. Saya menyuruhnya supaya datang ke rumah saya,” ujar Arteta menerusi laporan dikeluarkan Goal.

”Saya bercakap dengan Raul [Sanllehi], Edu, Vinai, Huss [Fahmy] dan kami mengadakan pertemuan bersama dan saya berkata:

”Dengar, kita mempunyai beberapa pemain yang terdedah. Terdapat risiko besar di sana dan juga saya yang pertama merasakan gejala tersebut, gejala yang sangat jelas.”

”Jadi jika itu (COVID-19) berlaku, semua pemain dan orang yang berkaitan dengan kelab ini mempunyai kontak dengan saya pada setiap hari juga akan turut terdedah.”

”Jadi, kita boleh membuat keputusan ini, kita perlu bercakap dengan Premier League (FA), dengan Manchester City dan membuat keputusan dengan cepat.”

”Kemudian anda menyedari: ‘Wow, semua orang boleh terdedah di sini, ini sangat serius’ dan anda mula untuk memikirkan tentang orang yang mempunyai kontak dan orang lain yang boleh dikaitkan dengan kami. Ketakutan sudah mula datang.”

Dalam perkembangan sama, Arteta turut mendedahkan mengenai gejala dialaminya susulan jangkitan tersebut serta kerisauan yang bermain di minda beliau pada ketika itu.

”Dari segi gejala, ia adalah virus yang normal bagi saya. Saya mempunyai tiga empat hari yang sukar, dengan suhu yang tinggi dan batuk kering dan sedikit rasa tidak selesa di bahagian dada.”

”Kesukaran itu ialah saya mempunyai tiga orang anak kecil dan saya risaukannya. Bersyukur anak-anak tidak dijangkiti. Kami telah pulih sepenuhnya,” ujar Arteta lagi.

Kredit foto: Robin JonesAFC Bournemouth/AFC Bournemouth via Getty Images

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Mikel Arteta di bawah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN