Musim Belum Sempat ‘Khatam’, Lutut Henderson ‘Habis’ Dulu

Kapten Liverpool, Jordan Henderson akan diketepikan untuk baki empat perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) setelah disahkan mengalami kecederaan lutut yang dialaminya tempoh hari.

Pemain tengah England itu menjaringkan gol ketika pasukannya menang 3-1 ke atas Brighton & Hove Albion sebelum beliau dilanda kecederaan di hujung perlawanan.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp dalam kenyataannya yang disiarkan BBC mengatakan pemain berusia 30 tahun itu dijangka akan kembali cergas apabila musim 2020/21 bermula.

Beliau turut mengesahkan kecederaan lutut yang dialami Henderson itu tidak terlalu serius dan tidak perlu menjalani pembedahan.

Liverpool menamatkan penantian selama 30 tahun untuk menjuarai liga utama pada bulan lepas dengan Henderson merupakan tunjang utama buat pasukannya dengan beraksi dalam 30 perlawanan untuk The Reds musim ini.

“Ia adalah saat yang mengerikan apabila melihat dia terbaring dan terpaksa meninggalkan padang,’ kata Klopp.

“Hendo ini seperti binatang, dia akan bertarung dengan apa sahaja. Jadi saya percaya dia boleh hadapi kecederaan ini dengan sebaiknya. Tentu dia tahu sesuatu yang buruk berlaku pada lututnya.

“Semua orang bersimpati dengannya. Dia berhak untuk menjulang trofi [EPL] dan saya akan pastikan dia yang akan menjulangnya.

“Setakat yang saya dimaklumkan [oleh doktor pasukan] dia tidak perlu melalui pembedahan, itu adalah berita baik dan kami boleh memutuskan rawatan terbaik untuknya. Yang paling penting, Hendo pasti akan menjulang trofi.”

Klopp bernasib baik memandangkan pasukannya itu tidak lagi bersaing di Liga Juara-Juara Eropah atau Piala FA selepas sudah tersingkir lebih awal sebelum ini.

Liverpool akan berdepan Burnley pada awal pagi esok di Anfield dengan pasukan tersebut kini mensasarkan untuk menamatkan saingan liga dengan mengumpul mata semaksimum yang mungkin.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jordan Henderson dan Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN