Jordan Henderson, Pemain Yang Pernah Dikritik Alex Ferguson Kerana ‘Larian Pelik’

jordan henderson liverpool larian

Jordan Henderson telah menjulang dua trofi sebagai kapten Liverpool dan sebelum ini beliau pernah dikritik oleh Sir Alex Ferguson dek kerana cara lariannya yang pelik.

Tetapi dengan gaya lariannya yang ‘tidak seperti pemain bola sepak moden’ itulah, pemain kelahiran Sunderland ini telah menjulang Champions League musim lalu dan kini membantu Liverpool menamatkan penantian 30 tahun untuk kejuaraan liga.

Dia berlari guna lutut

Dalam autobiografi yang diterbitkan pada 2013, Ferguson telah menjelaskan mengapa Manchester United tidak meneruskan niat untuk mendapatkan Jordan Henderson ketika pemain itu mula menjadi buruan kelab-kelab ternama Premier League.

“Kami kerap memantau Jordan Henderson dan Steve Bruce [pengendali Sunderland ketika itu] sentiasa mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadapnya,” ungkap pengendali lagenda Manchester United itu mengenai tonggak Liverpool itu.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1218830944725016576

“Namun, daripada pemerhatian kami, kami lihat Henderson berlari menggunakan otot lututnya, dengan badan yang tegak, sedangkan pemain-pemain bola sepak moden lain, mereka berlari menggunakan otot pinggul mereka,” tambah Ferguson lagi.

“Kami beranggapan cara lariannya itu akan memberikannya masalah dalam kariernya nanti,” jelasnya yang kemudian menerima jawapan balas yang agak kritikal daripada Brendan Rodgers – pengendali Liverpool ketika autobiografi itu diterbitkan.

Brendan Rodgers tidak setuju

Brendan Rodgers berpendapat yang sebagai pengendali yang hebat, kenyataan sebegitu tidak sewajarnya diluahkan terhadap pemain-pemain muda yang sedang membina karier mereka kerana ia boleh merosakkan moral pemain tersebut.

“Saya rasa, jika Sir Alex terserempak dengan Jordan di satu masa nanti, dia perlu memohon maaf atas kenyataannya itu. Secara jujurnya, kenyataan itu mengejutkan saya kerana ianya datang daripada seorang pengendali pasukan yang hebat.

“Setiap pemain berbeza dan setiap pemain di kelab ini ada kekuatan dan kelemahan mereka yang telah dinilai dari segi perubatan. Kenyataan terhadap Jordan adalah tidak patut,” ujar Brendan Rodgers yang ketika itu baru sahaja bersama Liverpool.

Henderson pula sebaliknya menganggap kenyataan Alex Ferguson itu umpama penghargaan buat dirinya kerana beliau baru tahu yang bakatnya pernah dipantau oleh pengendali itu dan berkata, “Apa yang tertulis di buku itu tidak mengganggu saya.”

Pernah mahu tinggalkan Anfield

Dan kini, selepas tujuh tahun kenyataan tersebut dikeluarkan, Jordan Henderson telah berjaya meraih dua gelaran yang hebat dan ianya dilakukan sebagai kapten pasukan. Namun, ia bukan perjalanan yang indah buat pemain ini pada permulaannya.

Ini kerana, setahun selepas menyertai Liverpool daripada Sunderland dengan yuran perpindahan £20 juta, beliau yang ketika itu baru berusia 21 tahun hampir memilih untuk meninggalkan Anfield dek kerana kritikan daripada penyokong terhadapnya.

Mereka melepaskan kekecewaan dan mempersoalkan keperluan Henderson ketika itu akibat musim yang kurang memberansangkan. Pada musim 2011/12, The Reds gagal meraih slot ke Champions League apabila menamatkan musim di kedudukan ke-8.

Tetapi kerana mentaliti juaranya, Henderson kekal di sana seterusnya dilantik menjadi kapten bermula pada musim 2015/16 selepas lagenda hidup Liverpool, Steven Gerrard meninggalkan pasukan dan kemudian menyertai LA Galaxy di Amerika Syarikat.

Ia satu perasaan yang unik

Bercakap mengenai kejuaraan Premier League musim ini, Jordan Henderson berkata kepada Liverpoolfc.com, “Ia satu perasaan yang unik dan saya amat berbangga dengannya. Ianya sangat istimewa [perjalanan kariernya bersama Liverpool].”

Selain itu, beliau turut berbesar hati dapat bersama Liverpool sejak sembilan tahun lalu, beraksi di bawah pengendali ketika ini, bermain bersama rakan sepasukannya kini serta dibantu dengan sokongan hebat penyokong selama ini.

“Kami mahu memenangi setiap perlawanan dan menamatkan musim dengan mata tertinggi yang mampu dicapai, memberikan segala yang kami mampu dan tentunya kami mahukan yang lebih pada musim akan datang,” tegas Henderson lagi.

“Jadi, ia adalah mengenai bagaimana untuk kekalkan keinginan tersebut dan saya yakin yang kami memiliki kemampuan tersebut dan ianya telah dibuktikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini,” tambahnya lagi yang kini berusia 30 tahun.

Penutup

Semua kritikan tersebut akhirnya lenyap selepas Henderson menjadi antara pemain tonggak di Liverpool sebelum dilantik sebagai kapten pasukan yang boleh dikatakan mempunyai tabiat pelik – kerap kali gagal dalam perlawanan-perlawanan penting.

Bekas pengendali pertamanya di akademi Sunderland, Elliott Dickman pernah berkata yang Henderson memiliki mentaliti dan sikap yang sentiasa mahu menjadi yang lebih baik sejak dari usia sembilan tahun dan mereka sentiasa berbangga dengannya.

KREDIT FEATURED IMAGE: SKY SPORT

Baca lagi mengenai Jordan Henderson dan Liverpool:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN