Mungkin Trofi Pemain Muda Terbaik ABK 2023 Bakal Berpindah Milik?

Saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim 2023 boleh dikatakan menjadi tahun paling menonjol kali ini dalam memperkenalkan ramai bakat-bakat muda berkualiti untuk tatapan para penyokong bola sepak di negara.

Jika musim lalu Arif Aiman dinobatkan selaku pemain muda terbaik dalam negara, tahun ini persaingan tersebut boleh dikatakan jauh lebih sengit untuk bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu mempertahankan rekod beliau.

Musim ini menyaksikan nama Arif sekali lagi tersenarai dalam pencalonan kategori tersebut, dan rata-rata menyifatkan beliau masih memiliki peluang cerah untuk merangkul gelaran tersebut.

Namun berdasarkan prestasi semasa kini, beberapa pemain muda lain secara tiba-tiba tampil begitu menonjol dan memberi impak cukup besar buat pasukan masing-masing.

Ubaidullah Shamsul Fazili dan Alif Ikmalrizal boleh dianggap sebagai pencabar utama untuk kategori musim ini, selepas kedua individu tersebut jelas menonjol bersama kelab serta di pentas antarabangsa.

Ubaidullah Shamsul paling curi tumpuan

Pertahanan muda Terengganu ini boleh dianggap sebagai pencabar paling sengit kini untuk merebut kejuaraan tersebut berdasarkan sumbangan serta prestasi semasa beliau.

Bersama Terengganu, pemain berusia 19 tahun ini bukan sahaja menjadi antara pilihan utama Tomislav Steinbruckner dalam skuad senior, sebaliknya beliau turut menjadi tonggak penting kepada Hairuddin Omar dalam pasukan MFL.

Bersama Terengganu sahaja, Ubaidullah berjaya memastikan kejuaraan Piala MFL menjadi milik mereka, membawa pasukan senior ke pentas akhir Piala Malaysia 2023, serta beraksi cemerlang di pentas AFC.

Malah, Ubaidullah juga berjaya memastikan Malaysia bawah 23 (B-23) layak ke saingan Piala Asia B-23 dengan menjadi tunjang penting buat pasukan tersebut.

Pada usia 19 tahun, pertahanan muda ini dilihat sebagai prospek penting untuk pasukan utama negara dan mempunyai peluang besar untuk mencabar Arif selaku Pemain Muda Terbaik ABK 2023.

Alif Ikmalrizal ada peluang cipta kejutan

Selain Ubaidullah, penyerang muda berbisa Penang iaitu Alif Ikmalrizal juga dianggap memiliki peluang tersendiri untuk melakar kejutan memenangi kejuaraan tersebut musim ini.

Nama Alif secara tiba-tiba meningkat secara mendadak musim ini menerusi ketajaman beliau bersama Penang dalam saingan MFL bawah kendalian Akmal Rizal Ahmad Rakhli.

Keupayaan untuk meledak gol dari pelbagai arah dan ketenangan dimiliki penyerang berusia 21 tahun itu juga turut ditagih oleh skuad utama Penang di saingan Liga Super musim ini.

Malah, Alif juga mencipta nama di pentas antarabangsa selepas menjadi penjaring terbanyak bagi saingan Piala AFF B-23 musim ini bawah kendalian E. Elavarasan.

Jika dilihat pada dua nama pemain ini, masing-masing dianggap memiliki kelebihan serta peluang tersendiri untuk menamatkan dominasi Arif Aiman bagi kategori tersebut.

Namun, Arif juga dianggap sukar untuk ditewaskan selepas beliau terus mengharungi detik-detik cemerlang musim ini bersama JDT termasuk cemerlang di pentas AFC Champions League (ACL) serta Harimau Malaya.

Pandangan anda, adakah Arif akan terus mempertahankan kejuaraan tersebut atau bakal dipintas pemain lain musim ini?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN