Bekas Pemain Import Selangor Sah Sertai PSIS Semarang

Bekas pemain kebangsaan Indonesia iaitu Evan Dimas dilaporkan kini secara rasminya telah pun menyertai PSIS Semarang untuk baki saingan Liga 1 Indonesia musim 2023/2024 secara status pinjaman.

Terdahulu, Dimas merupakan pemain Arema FC sejak tahun lalu dan musim ini beliau secara keseluruhan sudah pun beraksi sebanyak enam perlawanan bersama Arema di posisi serangan untuk pusingan pertama Liga 1 Indonesia.

Memasuki musim kedua, PSIS Semarang berjaya mendapatkan khidmat Dimas secara pinjaman dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan lagi aspek serangan dalam persaingan liga.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PSIS Semarang iaitu Yoyok Sukawi, beliau berharap supaya kehadiran Dimas dapat memberi lebih banyak pilihan terbaik buat Gilbert Agius selaku jurulatih kelab itu untuk mencaturkan taktikal lebih berkesan.

“Kami ingin mengumumkan pemain tambahan baharu untuk menghadapi pusingan kedua saingan Liga 1 Indonesia akan datang.

“Kami berjaya mendapatkan khidmat Evan Dimas dengan status pinjaman daripada Arema FC untuk memperkukuhkan posisi tengah serta serangan supaya pengendali kelab mendapat lebih banyak pilihan untuk digunakan,” jelas beliau menerusi Bola.com.

Pada masa sama, Yoyok juga mengesahkan pemain berusia 28 tahun itu sudah pun melalui banyak ujian serta proses sebelum melayakkan diri beliau untuk mewakili PSIS Semarang.

Yoyok Sukawi juga berharap supaya kehadiran Dimas dapat menjadi tenaga tambahan yang diperlukan pasukan untuk mencapai sasaran telah diletakkan sebelum ini.

“Sehingga kini kami masih meletakkan kepercayaan akan kemampun dimiliki oleh Dimas dan semoga kehadiran beliau mampu membantu pasukan berada di kedudukan keempat terbaik musim ini,” ujar Yoyok lagi.

Untuk rekod, Dimas juga bukan satu lagi nama asing dalam dunia bola sepak di Malaysia, selepas beliau pernah mewakili Selangor untuk saingan Liga Super musim 2018.

Bersama The Red Giants, Dimas sudah pun beraksi sebanyak lapan perlawanan bersama kelab tersebut dengan dua bantuan jaringan direkodkan buat pasukan itu.

Pada masa sama, Dimas juga mengakui beliau merasa sangat bangga untuk mewakili PSIS Semarang dan berharap sumbangan beliau mampu memberi impak buat kelab tersebut.

“Tentu ia menjadi suatu kebanggaan buat saya untuk mewakili PSIS yang merupakan antara pasukan besar dan mempunyai ramai penyokong fanatik,” kata Dimas.

Ketika ini, PSIS berada di tangga ketiga Liga 1 Indonesia dengan mengumpul 34 mata hasil 10 kemenangan dilakar daripada 19 perlawanan dilalui.

Sumber:
Bola.com

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN