Undian Piala Asia 2023 yang akan berlangsung di Qatar sudah pun berlangsung dengan keputusan menyaksikan Malaysia diletakkan dalam Kumpulan E bersama Korea Selatan, Bahrain, serta Jordan.
Diletakkan dalam Kumpulan E, pastinya Malaysia menjadi pasukan bukan pilihan dan ini merupakan kejohanan terbesar disertai Harimau Malaya selepas penantian selama 43 tahun untuk layak secara merit.
Safawi Rasid vs Korea Selatan, Ini Laporan Prestasi Dari Kami https://t.co/ViXDewbJCB pic.twitter.com/jp8ZTEkM3V
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) January 20, 2018
Daripada segi ranking, jelas Malaysia berada di belakang sekali setelah Korea Selatan unggul berada di kedudukan ke-27 diikuti Jordan (84), Bahrain (85), serta akhir sekali Malaysia di tangga ke-138 dunia.
Dua negara yang menjadi tumpuan buat penyokong Harimau Malaya ketika ini pastinya terarah kepada Korea Selatan serta Jordan kerana mempunyai kisah tersendiri buat Malaysia.
Untuk rekod, Malaysia pernah mengejutkan Korea Selatan pada tahun 2018 dalam saingan Sukan Asia menerusi dua jaringan yang diledak oleh penyerang handalan negara, Safawi Rasid.
Safawi yang ketika itu berada pada tahap terbaik di atas padang jelas membawa pengaruh yang sangat besar buat skuad negara ketika mereka mengejutkan Korea Selatan yang ketika itu dibarisi pemain bintang seperti Son Heung-min.
Gol Kedua Malaysia 2-0 Korea Selatan
Safawi Rasid
Minit ke 44#AsianGames2018 #SayangiMalaysiaku pic.twitter.com/JdT0wsuqZG— KPM (@KemPendidikan) August 17, 2018
Pastinya pengalaman serta sejarah yang dilakar Safawi ketika itu akan terus disebut-sebut dan mungkin nama pemain kelahiran Terengganu tersebut berada dalam fikiran pengendali Malaysia, Kim Pan-gon.
Kim yang bekerjasama dengan Safawi pada tahun lalu dalam saingan Piala AFF 2022 tidak memanggil pemain tersebut pada tahun ini untuk dua aksi persahabatan skuad kebangsaan.
Namun berdasarkan prestasi semasa Safawi yang semakin baik sejak berada di Thailand bersama Ratchaburi Mitr Phol kini, ada kemungkinan besar Kim akan memanggil beliau semula.
Namun segalanya perlu dibuktikan oleh Safawi terlebih dahulu jika nama beliau dipanggil untuk aksi persahabatan yang akan berlangsung beberapa bulan lagi.
Menerusi rekod semasa, Safawi sudah pun meledak satu jaringan ketika ini bersama Ratchaburi daripada 13 perlawanan liga dihadapi pemain tersebut.
Keupayaan beliau dalam membuat gelecekan serta ketajaman di hadapan gol pastinya menjadi aset berguna buat negara jika Safawi berada dalam momentum terbaik.
Selain bertemu Korea Selatan yang dianggap ikonik buat Safawi serta Kim, Malaysia juga bakal menghadapi Jordan yang dianggap sangat signifikan buat saingan bola sepak negara.
Selangor ketika ini memiliki dua pemain kebangsaan Jordan iaitu Yazan Al-Arab serta Noor Al-Rawabdeh yang pastinya akan tersenarai untuk saingan Piala Asia nanti.
Malah, kelibat bekas penyerang Kedah Darul Aman (Kedah) iaitu Mahmoud Al-Mardi pastinya menjadi salah satu pertaruhan pengendali mereka untuk mengkucar-kacirkan pertahanan Malaysia.
RASMI: Keputusan penuh undian Piala Asia 2023!
MALAYSIA diletakkan dalam Kumpulan E bersama-sama Korea Selatan, Jordan dan Bahrain.
AYUH HARIMAU MALAYA!#AFCAsianCup2023 pic.twitter.com/KK3gy0eo0e
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) May 11, 2023
Apapun, saingan ini bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi Malaysia bagi melepas pusingan kalah mati, namun segalanya tiada mustahil.
Persoalan kini pastinya terarah kepada Kim jika beliau mampu untuk mencipta satu lagi sejarah baharu dalam kamus bola sepak Harimau Malaya dalam saingan tersebut nanti.