Selang beberapa hari sahaja lagi menjelang aksi persahabatan Harimau Malaya serta kelayakan Piala Asia 2023, para pemain yang dipanggil menyertai kem latihan pusat pastinya sedang gigih untuk membuktikan sesuatu agar terpilih menyertai kesebelasan utama.
Persaingan sengit untuk merebut posisi pastinya kini sedang berlaku memandangkan nama-nama yang dipanggil kali ini sedang berada dalam prestasi terbaik.
Pastinya Kim Pan-gon sedikit sukar untuk menilai barisan skuad utama serta simpanan.
Khairulazhan Khalid tekad bersaing dengan 3 penjaga gol, Farizal Marlias, Ahmad Syihan & Kalamullah Al-Hafiz bagi mengisi slot penjaga gol utama Harimau Malaya!#BolaSepak #HarimauMalaya pic.twitter.com/i6NnIN44P1
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) May 24, 2022
Hal ini pastinya turut berlaku di posisi penjaga gol apabila empat nama yang dipanggil Pan-gon iaitu Khairulazhan Khalid, Farizal Marlias, Kalamullah Al-Hafiz, serta Ahmad Syihan Hazmi untuk merebut satu tempat yang kosong.
Menurut Khairulazhan selaku penjaga gol utama Selangor, beliau tekad untuk memperagakan aksi terbaik jika Pan-gon memberikan peluang buat dirinya dalam senarai kesebelasan utama skuad kebangsaan.
Tambah beliau, persaingan posisi tersebut memang berlaku dan apa yang perlu dibuat Khairulazhan adalah berusaha dengan lebih keras agar jurulatih mampu terpikat dengan apa diberikan dalam sesi latihan.
The most important moments for Malaysia against Indonesia!
For me, if this ball going back in the net, it could be worst for Malaysia.
Thank you Khairulazhan! You action save this moment is the turning point until you got injury.#WCQ #AsianQualifiers #MASINA #HarimauMalaya pic.twitter.com/kBJBMn9fC5
— Hykal Mahmood 🇲🇾 (@HykalMahmood) November 20, 2019
“Semua penjaga gol ada kelebihan masing-masing, jadi saya akan buat yang terbaik dalam latihan. Mungkin jurulatih nampak apa kelebihan pada diri saya.
“Namun itu semua keputusan jurulatih, andai diberi peluang saya akan beri yang terbaik dan 100%,” kata penjaga gol berusia 33 tahun itu kepada Berita Harian.
Skuad kendalian Pan-gon bakal menghadapi dua perlawanan persahabatan Tier 1 menentang Brunei serta Hong Kong sebagai persediaan mereka dalam memantapkan pasukan.
Selepas itu, Malaysia bakal mengharungi tugas penting di peringkat antarabangsa dalam kejohanan kelayakan Piala Asia 2023 peringkat Kumpulan E bersama Turkmenistan, Bahrain, dan Bangladesh yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Jun ini.
Dalam masa sama, Khairulazhan mengharapkan agar para penyokong hadir turun ke stadium untuk memberikan sorakan padu buat skuad kebangsaan sambil mahu rakan sepasukan menggunakan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan.
“Mungkin ada tekanan, tapi kita akan buat yang terbaik. Kita main tempat sendiri, jadi sokongan itu beri kelebihan kepada kita. Semua pemain tahu apa yang patut dilakukan semasa perlawanan.
“Kepada penyokong, hadirlah bagi sokongan kepada pasukan Malaysia kerana sokongan anda sangat diperlukan kami,” katanya.