Pan-gon Tak Janji Menang Sentiasa Tapi Sanggup Berikan Jiwa & Raga Untuk Malaysia

Pan-gon

Kim Pan-gon mendedahkan yang beliau tak mampu menjanjikan kemenangan yang berterusan, namun beliau yakin anak-anak buahnya akan memberikan sepenuh jiwa dan raga mereka untuk skuad kebangsaan Malaysia.

Menjelang aksi perlawanan persahabatan Tier 1 bertemu Brunei malam esok, Pan-gon yakin anak-anak buahnya sudah bersedia untuk memberikan yang terbaik.

Skuad Harimau Malaya akan turun beraksi bertemu Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok sebelum bertemu Hong Kong Rabu depan.

Kim Pan-gon sudah menyenaraikan skuadnya untuk aksi perlawanan persahabatan kali ini dan jelas sekali sasaran beliau mahu anak-anak buahnya beri yang terbaik.

Agak menakjubkan untuk mengetahui yang ini merupakan perlawanan persahabatan Tier 1 pertama Malaysia bertemu Brunei sejak kali terakhir pada 1999 di temasya Sukan SEA.

Brunei sendiri turut bertekad mahu memberikan yang terbaik untuk aksi pada minggu ini walau skuad mereka serba tempang.

Brunei turun dengan skuad serba tak lengkap

Pengurus skuad kebangsaan Brunei, Rosanan Samak mendedahkan kepada media hari ini yang skuadnya tidak berada di tahap terbaik mereka menjelang aksi bertemu Malaysia.

Masalah berkait Covid-19 jelas sekali sangat mengganggu skuad kebangsaan Brunei pada ketika ini dengan ketua pasukan mereka sendiri terpaksa digugurkan kerana disahkan positif.

Berdepan Malaysia, Brunei dikatakan akan berusaha sehabis baik untuk memberikan yang terbaik walau persiapan mereka tak begitu sempurna.

Tidak mahu mengulas lebih lanjut tentang persiapan skuadnya, Rosanan hanya menegaskan yang anak-anak buahnya akan memberikan yang terbaik untuk aksi pada malam esok.

Para pemain dapat banyak input dari perancangan terbaru Pan-gon

Pan-gon mendedahkan yang beliau sudah menyediakan skuad terbaik menjelang aksi perlawanan malam esok dan tempoh seminggu bersama para pemain dimanfaatkan sebaiknya oleh beliau.

Syamer Kutty Abba yang turut ada ketika sesi sidang media hari ini turut mengakui yang para pemain dapat begitu banyak input dari Pan-gon sepanjang tempoh mereka menjalani latihan bersama.

Kredit gambar: Syamil Rosli – Aremil Works

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN