Mukhairi Ajmal Mahu Cipta Kejutan Bersama Skuad B-23 Negara

Pemain tengah kreatif negara, Mukhairi Ajmal tampil dengan kenyataan ingin mencipta kejutan pada saingan kelayakan Piala Asia bawah 23 (B-23) yang akan berlangsung tidak lama lagi di Chonburi, Thailand.

Mukhairi menjadi antara nama besar yang dipanggil kali ini oleh pengendali skuad kebangsaan B-23 iaitu E. Elavarasan bagi memperkukuhkan aspek tengah serta serangan Malaysia pada saingan kelayakan tersebut.

Tampil dengan nama-nama besar untuk aksi kelayakan ini berbanding saingan Piala AFF B-23 lalu, Malaysia dijangka mampu mencipta sesuatu lebih positif dengan cuba mendapatkan salah satu slot ke Piala Asia B-23 2024.

Malah, Mukhairi sendiri melihat situasi semasa pasukan B-23 negara jauh lebih baik dan seimbang untuk menutup segala kritikan telah dilemparkan pada aksi Piala AFF B-23 lalu di Rayong, Thailand.

Menurut tonggak utama Selangor itu, pentas kelayakan ini bakal menjadi medan terbaik buat barisan pemain B-23 untuk menebus kekecewaan dialami mereka pada aksi terdahulu setelah gagal mencapai sasaran yang diletakkan.

“Semua ada tanggungjawab masing-masing dan saya harap apabila kita sampai di sini, kita dapat bersatu hati, main secara bersama dan ini cabaran untuk semua orang.

“Kita ada matlamat dan saya harap kita dapat buat kejutan sebab kita terlalu ‘down’ sekarang. Ini motivasi kepada kita sebab sebelum ini kita kalah, kalah dan kalah, jadi saya harap pemain dapat motivasikan diri untuk bangkit,” katanya menerusi Harian Metro.

Untuk aksi kelayakan ini, Malaysia telah diundi untuk berada dalam Kumpulan H bersama tuan rumah iaitu Thailand, Bangladesh serta Filipina yang dianggap seimbang.

Skuad kendalian Elavarasan bakal memulakan kempen kelayakan tersebut untuk menentang Bangladesh terlebih dahulu pada Rabu ini dalam misi mereka mencatat kemenangan sulung di peringkat kumpulan.

Selain Mukhairi, Elavarasan turut mempertaruhkan beberapa lagi bintang muda seperti Safwan Mazlan, Haqimi Azim, T. Saravanan, dan Alif Ikmalrizal yang berada dalam momentum cukup baik.

Pasukan itu turut diperkuatkan dengan dua bintang muda yang beraksi di luar negara iaitu Luqman Hakim Shamsudin serta Nooa Hamzah Laine untuk aksi kelayakan ini.

“Kehadiran Nooa dan Luqman juga bagus untuk pasukan sebab kita tahu mereka bermain di tahap yang jauh lebih baik.

“Bagi saya ini semua kerja berpasukan, bukan individu dan saya harap mereka dapat sesuaikan diri dengan situasi sekarang dan rakan lain.

“Paling penting sebagai pemain bola sepak kita perlu lalui sebagai satu pasukan,” katanya akhir sekali mengenai pasukan B-23 negara yang akan memulakan misi mereka Rabu ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN