Mubin Mokhtar Anggap Piala Malaysia Sebagai Piala Domestik Paling Beprestij

Legenda Mubin Mokhtar, berpendapat Piala Malaysia masih kekal sebagai kejohanan paling beprestij di Malaysia berbanding dengan kejohanan domestik lain termasuk Liga Super dan Piala FA.

Mubin Mokhtar berharap semua pihak akan tetap mempertahankan prestij Piala Malaysia selaku kejohanan bola sepak tertua di rantau Asia Tenggara.

Dipetik daripada Utusan Malaysia, Mubin Mokhtar berkata: “Daripada dulu sampai sekarang, pada pandangan saya, nilai Piala Malaysia ini tidak pernah berubah.”

“Ianya kekal hangat pada saban tahun malah semua pasukan sentiasa memandang tinggi kejohanan ini.”

“Apa sahaja pandangan, Piala Malaysia akan kekal sebagai paling berprestij di Malaysia pada kaca mata saya kerana ia seperti sebagai kemuncak saingan pada tiap musim.”

Mubin juga mempertahankan hujahnya dengan menyatakan bahawa hanya pasukan terbaik di dalam saingan liga domestik sahaja akan bermain di Piala Malaysia.

Seterusya, Mubin Mokhtar berpandangan bahawa, Piala Malaysia menuntut konsitensi tinggi setiap pasukan daripada awal musim sehingga ke akhir musim. Hal ini kerana hanya 16 pasukan terbaik dari Liga Super dan Liga Premier sahaja yang bertanding.

Ianya juga menjadi medan kepada pasukan daripada Liga Premier melakukan kejutan ke atas lawan dari Liga Super.

Beliau juga merasakan aura Piala Malaysia sentiasa berbeza dengan keghairahan para peminat untuk hadir ke stadium sepanjang pertandingan itu dijalankan.

“Kalau kita tengok, Piala Malaysia ini sebenarnya himpunan pasukan-pasukan terbaik daripada dua liga kita dan bukan semua pasukan berpeluang untuk layak.”

“Hanya terbaik daripada Liga Super dan Premier sahaja boleh beraksi, justeru suasana itu yang timbulkan persaingan yang sukar dijangka pada tiap kali edisi,” tambah beliau lagi.

Mubin Mokhtar pernah menjulang Piala Malaysia bersama dengan Pahang dan Selangor ketika karier beliau sebagai pemain. Beliau menganggap dirinya bertuah kerana dapat merasa menjulang Piala Malaysia dalam kariernya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN