Zidane Akan Siasat Kes Gareth Bale Yang Bermain Golf Ketika Cuti Sakit

Zinedine Zidane mengakui beliu ada menerima aduan daripada pegawainya bahawa mereka mendapat tahu bahawa Gareth Bale bermain golf. Sedangkan pemain itu diberikan cuti rehat khas oleh kelab kerana sakit – atas permintaan beliau.

Zidane akan menyiasat perkara itu apabila ada pihak mendakwa mereka ada bukti bergambar bahawa Gareth Bale sedang bermain golf.

Jika tidak sakit, Bale sepatutnya melapor diri ke pusat latihan tertutup di Madrid. Dan jika benar beliau ‘sangat’ sakit, bermakna Bale seharusnya berehat di rumah.

Beberapa bulan lalu, Gareth Bale menyatakan beliau tidak akan berpindah dari Real Madrid, walaupun terpaksa bermain golf bagi mengisi masa – sekiranya beliau disisihkan oleh Zidane.

Bale juga menegaskan beliau hanya akan berpindah dengan syarat kelab baharunya itu membayar jumlah gaji yang sama beliau dapat di Madrid, pada baki kontrak yang ada.

Beberapa hari lalu, kelab China Jiangsu Suning dilaporkan mahu membeli Bale dan sanggup membayar gaji Bale yang tinggi.

Tetapi perbincangan itu gagal kerana Florentino Perez dilaporkan tidak bersetuju dengan harga yang ditawarkan, walaupun pada awalnya mengarahkan Bale untuk berbincang dengan kelab CSL tersebut.

Bale yang marah, meminta penjelasan daripada kelab. Zidane juga dilaporkan terkejut dengan tindakan kelab yang tidak melepaskan Bale. Zidane menyatakan urusan menjual Bale di tangan kelab bukannya beliau.

Bale kemudian meminta pengecualian daripada ‘trip’ pra musim kerana ‘sangat’ sakit dan tidak larat.

Akhbar El Confidential di Sepanyol kemudian menangkap gambar Gareth Bale sedang bermain golf.

https://twitter.com/madridreigns/status/1156534457433808902

Zidane berkata: “Kita akan lihat perkara ini apabila kita kembali ke Madrid kelak. Saya bukan menghalang orang lain melakukan perkara mereka nak buat, tetapi setiap orang harus ada rasa taggungjawab.”

“Saya tidak suka campur tangan urusan kehidupan peribadi orang lain. Saya rasa, mungkin beliau sudah habis berlatih [barulah beliau bermain golf].”

“Saya kini berada di sini, bersama pemain yang ada di sini. Saya tidak akan datang dan memberitahu beliau [Bale] apa yang boleh dan apa yang tidak boleh dilakukan. Beliau sudah terlalu besar untuk menentukan apa yang beliau mahu.”

https://twitter.com/Fze32/status/1156545990058487808

Zidane buat masa ini tidak mahu menjawab lebih lanjut tentang isu itu kerana beliau mahu menyiasat terlebih dahulu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN