Kisah Bekas Pemimpin Libya Muammar Gaddafi Yang Cuba Membeli Man United Pada 2005

Anda pernah dengar dengan nama Muammar Gaddafi?

Jika anda tidak pernah dengar, beliau merupakan seorang pemimpin diktator bagi negara Afrika bernama Libya.

Tapi apa kena mengena beliau dengan bola sepak?

Di England, pengerusi Cardiff City iaitu Mehmet Dalman telah mendedahkan kisah menarik yang kurang diketahui oleh ramai pihak mengenai Gaddafi dan juga bolah sepak England.

Menurut Dalman, Gaddafi dikatakan pernah berusaha untuk membeli pegangan saham majoriti bagi kelab Manchester United.

Muammar Gaddafi yang merupakan bekas diktator Libya pernah cuba mendapatkan Manchester United.

Gaddafi dikatakan begitu hampir untuk mendapatkan pegangan tersebut sambil digambarkan oleh Dalman yang bekas pemimpin Libya hanya beberapa jam sahaja sebelum sah menjadi pemilik Manchester United.

“Beliau hanya beberapa jam sahaja lagi untuk bergelar pemilik Manchester United.”

Pada ketika itu, Dalman merupakan pakar kewangan yang terbang ke Libya untuk membincangkan hal ini dengan penasihat utama Gaddafi.

Seperti beli gereja

Anak kepada Gaddafi, Saadi Gaddafi memberitahu Financial Times mengenai potensi pembelian kelab England itu menerusi bapanya pada 2005.

“Pada masa itu kami buat keputusan untuk tidak mendedahkan kepada orang awam mengenai usaha pembelian Manchester United.”

“Kami rahsiakan dari ramai pihak kerana kami sangka perbuatan itu akan berjaya. Namun ianya gagal.”

Saadi mengatakan cubaan membeli pegangan saham majoriti Manchester United begitu sukar kerana ianya seperti membeli sebuah gereja di England.

“Saya beritahu ayah saya yang percubaan ini sungguh sukar kerana kelab itu punya ramai peminat dan kaya dengan sejarahnya.”

“Ia merupakan sebuah kelab yang cukup besar.”

Rio Ferdinand of Manchester United and Wayne Rooney with the FA Barclays Premier League trophy after winning the league season 2007-2008 (Photo by AMA/Corbis via Getty Images)

Setelah gagal menjadi pemilik Manchester United, Gaddafi membeli pegangan majoriti di kelab Itali iaitu Perugia.

Pegangan majoriti itu di Manchester United itu kemudiannya menjadi milik keluarga Glazer.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN