MSL 2018: Melaka United Bangkit Tewaskan Kelantan Untuk Tiga Mata Berharga

Melaka United berjaya bangkit dari ketinggalan satu gol sekaligus melakar kemenangan pertama ke atas Kelantan dalam perlawanan pertama saingan unifi Liga Super yang berlangsung di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Kemenangan 2-1 itu sekaligus memadam dendam kekalahan di tempat sendiri pada perlawanan terakhir Liga Super musim 2017 yang lalu.

Kedua-dua pasukan turun dengan menampilkan kesemua pemain import mereka, sementara pasukan pelawat tidak menurunkan dua pemain utamanya iaitu Khairul Fahmi Che Mat dan Mohd Badhri Radzi.

Separuh masa pertama

Skuad kendalian Sathit Bensoh terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah selepas Bruno Lopez bijak menolak masuk sepakan percuma dari sebelah kiri pintu gol Melaka.

Gol pada minit ke-2 itu merupakan gol terpantas yang direkodkan dalam saingan unifi Liga Super setakat ini.

Tersentak dengan gol awal itu, anak-anak buah Eduardo Almeida lantas mendapat rentak dan berpeluang meraih gol penyamaan.

Namun demikian, sepakan Nicolas Swirad pada minit ke-4 hasil dari hantaran Shahdan Sulaiman mudah diselamatkan penjaga gol Kelantan, Ramadhan Abd Hamid.

Kredit: MUSA, Facebook

Pada minit ke-11 perlawanan, Melaka berjaya mendapatkan gol penyamaan hasil jaringan penyerang import, Yahor Zubovich yang berjaya menyambut hantaran jauh R. Surendran yang mudah menampan bola ke gawang untuk menewaskan penjaga gol Kelantan.

Ramadhan Abd Hamid sekali lagi ditewaskan pada minit ke-31 hasil sepakan penalti Jeon Woo Young. Sepakan penalti itu berpunca dari terjahan keras Amiridzwan Taj ke atas S Chanthuru di dalam kotak penalti.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua perlawanan, kedua-dua pasukan terus melancarkan serangan untuk memburu kemenangan sulung.

Skuad tuan rumah terlebih dahulu menekan lawan menerusi tandukan Zubovich pada minit ke-55, namun tandukan pemain itu hasil hantaran Shahdan Sulaiman sedikit melepasi palang gol.

Pada minit ke-58 perlawanan, Kelantan hampir menyamakan kedudukan, namun tandukan kencang Lopez hasil dari sepakan penjuru itu terkena Ferdinand Sinaga yang kebetulan berada di sebelah kiri pintu gol Melaka.

Kredit: MUSA, Facebook

Skuad pelawat dilihat terus menekan pertahanan tuan rumah dan pada minit ke-71, pemain import dari Korea Selatan, Do Dong Hyun berjaya melepasi kawalan Azmi Muslim di bahagian kiri pintu gol Melaka.

Namun demikian sepakan kencang Dong Hyun itu berjaya ditepis oleh  Zamir Selamat.

Berselang lima minit kemudian, giliran pemain import dari Indonesia pula menguji tuan rumah, namun tandukannya di dalam kotak penalti ditepis keluar oleh Zamir Selamat.

Keputusan Melaka 2-1 Kelantan terus kekal sehingga ke wisel penamat, untuk Melaka United mengutip 3 mata penuh pertama di dalam saingan unifi Liga Super 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN