Michael Owen Bantu Pulih Kewangan Chester Dengan Adakan Perlawanan Amal

Ketika zaman kanak-kanaknya, Michael Owen seringkali mendengar kisah kehebatan bapanya, Terry Owen. Terry Owen merupakan bekas pemain Everton dan Bradford City.

Namun zaman keemasan Terry Owen ialah sewaktu beraksi di Chester City. Tetapi, Chester City sudah menjadi tinggalan sejarah apabila menutup operasi beberapa tahun yang lalu.

Kemudiannya, sekumpulan penyokong menubuhkan City Fans United, organisasi yang menjadi tulang belakang kelab serpihan. Maka, lahirlah kelab Chester.

Hanya nama City digugurkan bagi membezakan kelab asal.

Tidak seindah disangka

Chester kini bermain dalam saingan National League (Divisyen 5) Inggeris. Cabaran sedang dihadapi oleh kelab kerdil ini.

Mereka memerlukan 50 ribu pound sterling untuk membiayai kos operasi kelab. Malah, masalah kewangan ini telah menyebabkan pegawai kelab meletakkan jawatan. Tujuan perletakan jawatan itu untuk mengurangkan bebanan kewangan Chester.

Michael Owen membantu

Terry dan Michael Owen. Sumber: Zimbio.

Anak kelahiran bandar Chester, Michael Owen terpanggil untuk membantu. Sudah pasti beliau mempunyai nilai sentimental walaupun beliau tidak pernah menjadi pemain Chester City.

Sama ada sebagai pemain akademi atau pemain senior. Beliau sempat menyarung jersi untuk Liverpool, Newcastle dan Manchester United.

Beliau telah berjaya memujuk beberapa bekas pemain untuk mengadakan perlawanan amal bagi meraih dana untuk kelab tersebut.

Antara pemain yang sudi beraksi ialah Keith Gillespie dan Maik Taylor. Michael Owen juga berjaya memujuk salah seorang bekas pemain Chester City yang terkenal iaitu Danny Higginbotham.

Bantuan tiba

Tanpa disangka, terdapat penyokong Manchester City dan Manchester United sudah membuat pertanyaan bagi mendapatkan tiket. Selain itu, derma daripada pelbagai pihak sudah diterima kira-kira hampir 35 ribu pound sterling.

Chester terpaksa mencari jalan keluar untuk terus hidup. Mereka tidak mahu kegagalan dahulu berulang kembali. Sungguh indahnya komuniti bola sepak, saling membantu apabila ada pihak memerlukan.

Latar belakang Chester City dan Chester

Chester City pernah menjuarai Divisyen 5 pada 2004, sebelum mereka menutup operasi. Sumber: Chester FC.

Chester City ditubuhkan pada 1885, namun menutup operasi pada 2010. Faktor penutupan ialah kegagalan menjelaskan hutang yang menjangkau hampir 7 juta pound sterling.

Pada musim 2009/10, National League telah menyingkirkan kelab itu daripada saingan. Antara faktor penyingkiran itu kerana mereka gagal hadir untuk perlawanan.

Kegagalan untuk hadir itu disebabkan pemain tidak mahu turun bermain kerana mereka tidak dibayar gaji. Selain itu, mereka juga gagal menjelaskan bayaran kepada polis yang bertugas.

Penutupan itu telah mengheret penyokong membentuk organisasi khas yang menjadi payung kepada Chester. Chester dapat bermain di liga bawahan sebelum mara ke National League.

Deva Stadium, di mana Chester beraksi. Sumber: Football Tripper

Kelab ini mempunyai satu rekod unik, stadium mereka terletak di atas dua negara sempadan yang berlainan. Bahagian tempat duduk utama dan bilik persalinan merupakan di England.

Manakala, tempat duduk lain di stadium tersebut berada di dalam Wales. Sungguh unik bukan?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN